Luangkan sedikit masa bersama....
Ahad, 26 Julai 2009
Hari yang sukar....
Assalamualaikum..
Salam sukses pada semua pembaca budiman sekalian..
Hari ini dah masuk hari ke-5 aku masuk ke kelas...Macam-macam kelas yg ku masuk...Aku ada 4 subjek elektif skrg ni,,,iaitu Aquatic Botany,Kaedah dan Instrumentasi Akuatik,Pengenalan Sains Samudera dan Mikrobiologi Asas. Aku juga ada subjek teras iaitu Tamadun Islam dan Tamadun Asia,juga Hubungan Etnik.
Walaupun kadang-kadang rasa ragu-ragu menghantui diri ini terutama apabila melihat masih banyak maata-mata prejudis memandang aku dan 3 org rakanku ketika memasuki dewan kuliah...entahla..aku sedar aku siapa.namun aku juga ada hak untuk merasai kehidupan pembelajaran yg normal seperti pelajar yang lain juga.Aku tidak mahu dipandang hina dan didiskriminasi..
Aku masih teringat ketika aku berada di dalam makmal,aku dan 3org kawan baik ku terus duduk di barisan hadapan tanpa memikirkan kesan buruk yang berlaku.Aku memilih barisan hadapan kerana itulah aku punya perangai yg suka berada di hadapan,selain kerana aku mahu bertanyakan pada pernsyarah ku tentang assignment yang sepatutnya aku lakukan..
Ketika itu,seorang Hamba-ALLAH ni berbangsa melayu,merupakan kaum hawa itu tertiba memanggil kawanku.
Kawanku ini yang tulus ikhlas ini meluru terus ke arah budak perempuan tu..Perempuan terus cakap,Tempat kat depan tu dah berpenghuni,tapi....dorang dah duduk belakang dah..”kata perempuan tu..(ntah macam mana muka dia,tak dapat aku gambarkan) terpana sekejap kawanku itu..Lalu,dengan hati yg gundah,dia memberitahuku tempat yg kami sedang bermastautin itu sudah berpenghuni sebelum ini...
Aku tertiba berfikir,sejak bila pulak meja dan kerusi di dalam makmal ni telah ditetapkan pada mana-mana pelajar pulak?Aku betul2 x paham...lalu selama beberapa minit aku tidak dapat tumpu pada pembelajaran...Aku rasa geram..sedih..risau...macam-macam perasaan yang timbul dengan tiba-tiba..Aku benar-benar nak tahu siapakah insan yg menjadi penghuni tempat duduk tu...
Lalu,aku tanpa rasa malunya..terus bertanya kepada mana-mana manusia yang kurasakan selalu aku nampak mereka duduk di hadapan,setelah bertanya-tanya..barulah aku tahu bahawa 3 orang kaum Cina yg duduk di situ.dan aku mohon maaflah jika aku dan kawan2 ku seperti merampas tempat mereka.tapi aku agak lega mendengar jawapan mereka,,,Dorang kate,”its ok....u can seat mana awak mahu,before this i seat on the back also”.......aku pun terdiam..Aku berbisik pada diriku..mengapa kaum bangsa lain begitu dinamik pada aku dan kawan2 ku..tetapi bukan kaum ku sendiri???? Kenapa?kenapa?dan kenapa?? Begitu banyak persoalan yg bermain di dalam jiwa ku..aku benar-benar sedih ketika itu..Sejak itu aku merasakan seperti kami berempat ini ibarat melukut di tepi gantang..Sedangkan kami datang ke universiti ini dengan mengunakan wang kacuk mak ayah kami sendiri...Tetapi mengapa perlu orang luar memandang kami penuh tanda tanya??? Memang aku akui kami adalah insan yg terpilih pada peringkat kedua...Tapi perlukah ada mentaliti menganggap kami ini bodoh??perlukah menganggap kami ini penganggu gugat pembelajaran kelas? Perlukah menjeling dan lemparkan senyuman sinis kepada kami??? Adakah mereka menganggap kehadiran mereka yang 3 minggu awal daripada aku menjadi satu lesen kepada mereka untuk merendah-rendahkan kami dan perlu di perbanggakan???Pelbagai perasaan yang tidak puas hati wujud dalam jiwa ku....
Apalah dosa kami...apalah salah kami sebagai insan yg mahu belajar...??? Mengapa perlu wujudnya perasaan bongkak yg menebal dalam jiwa manusia..Yang lebih parah bila ketakburan itu datangnya daripada orang Melayu aku sendiri.....Aku malu sangat....dan terlalu sedih sekali..Ada juga insan menganggap kami ini budak2 repeat gara-gara no matrik kami bermula dengan UK1...sedangkan budak-budak 1st intake no matrik mereka bermula dengan UK2...perkara kecil itu juga dipersoalkan oleh mrk ini.aduh..aku benar-benar geram dengan tuduhan sekap jarang mereka itu..Sedangkan dorang tahu kami ini budak 2nd intake,bukan bdk repeat....
Hmmm..begitulah selingan kehidupan ku setakat ini di UMT..universiti baru yg memberikan aku harapan baru namun terpaksa ku lalui dengan penuh kesabaran dan pancaroba...Aku redha dengan segala ketentuaan ALLAH..Aku berdoa moga ada sinar bahagia di penghujung kehidupan ku disini....
Esok aku ada presentation untuk Pengenalan sains Samudera...Doakan aku berjaya mempresent nya...
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 Komen-komen:
Catat Ulasan