Assalamualaikum..
Salam wawasan semua..
Hari ini hari kedua membawa lembaran bahagia buatku..
Bershopping dengan family ku...
Maklumlah,kemungkinan selepas ini mungkin aku tidak lagi dapt meluangkan bersama familyku tuk membeli barang dan sebagainya..
Maklumlah, lepas ni dah nak raya...
jadi aku pun ambil masa yang ada ini untuk membeli barang yang perlu..
Walaupun keadaan di lot10,sogo dan sekitar kota raya Kuala Lumpur di banjiri ratusan manusia yg berasak-asak tuk membeli barang-barang mereka.
Lebih-lebih lagi apabila memandang kan 'SALE' di sekitar kedai jualan,apa lagi...
Bertambah berpusu-pusu la manusia...
Tidak mengira usia..kaum...bangsa dan agama...
mengejar pelbagai jenis kasut,baju..seluar yang ber'brand'...
Ketika itulah..adik ku ini..Athinis menyibukkan diri untuk mengambil gambar bersama MODEL yg cukup perkasa di belakang tuh..huhu.Adik lelaki ku ini juga turut sama nak bergambar..hehe..
Penat berjalan mencari kain...aku pilih kain wane pink..dan wane merah tuk dibuat baju raya nnti...xnak la tunjuk kat sini..
Bila dah siap..baru leh tunjuk kot..huhu..
Aku x banyak pun beli pe2...adik2 aku yg beli sakan.
Aku takat beli seluar...pastu kasut jer...Baju cikit.....
Tapi aku ni jenis tak suka berjalan atau bershopping skit..
Apatah lagi untuk memilih barang..
Memang payah untuk beli kasut atau apa jua barang yang kononnya ada 'brand'..
hehe..yang aku tahu..aku selesa sudahla..
Tapi nak jadikan hari ini,rezeki aku membeli barangan 'branded'..
Maka tanpa dipinta,dengan kelenguhan kaki akibat berjalan banyak..
tetiba abahku menawarkan aku untuk membeli sepasang kasut yang sekali ku pandang..
sedap mata memandang..
bak kata orang,rezeki jangan ditolak,bala jangan dicari..
Pepun..'THANKS ABAHKU..MUAHHHH'
Walaupun pada mulanya aku keberatan kerana melihat harganya yang ratusan(aku jenis tidak suka membazir)..tapi bila pikir bukan selalu rezeki begini datang..so aku pun terimalah tawaran tu dengan hati yang gembira sekali...
Namun..aku pun pilih je kasut yang sempoi2 jer..
aku pun bersyukur jela..Inilah kasut baru ku..sayang pulak nak pakai nih..hehe..
Hmmm..tahun ni raya,insya-ALLAH..tema pakaian warna PINK..huhu....Ayu beb..
hehe..Oklah..tak ada apa nak di ceritakan lagi....
Bertemu lagi di masa yang lain pula yer...
SALAM UKHUWAH.....
"Kekecewaan mengajar kita erti kehidupan. Teruskan perjuangan kita walaupun terpaksa menghadapi rintangan demi rintangan dalam hidup"
0 Komen-komen:
Catat Ulasan