Luangkan sedikit masa bersama....

Luangkan sedikit masa bersama....

Ahad, 24 Mac 2013

Siapalah daku selepas tamat belajar...

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia,

Lama sebenarnya tidak menulis sesuatu dalam belog ini.
Rindu itu tidaklah sebesar mana namun rasa sedikit kerugian dihati kerana seperti tidak menghargai hari-hari yang berlalu pergi tanpa dapat mencatat dengan jelas detik perasaan ketika waktu itu.

Andai semua dapat memahami dan mengerti hati ini, pasti akan cuba untuk memujuk dan mengatakan masih ada masa untuk menukilkan banyak cerita dan menghargai 'masa'. Namun, kita belum pasti kita ada hari mendatang kan...Eh, ayat sedih pulak kan, huhu...tapi realiti kehidupan kan? *memandang luar tingkap*

Menulis blog sebenarnya banyak kelebihannya,antaranya saya merasakan setiap HARI yang kita lalui itu ibarat menghargai hari-hari kita :)

Pejam celik, pejam celik, rupa-rupanya dah sampai penghujung bulan Mac 2013. Banyak sebenarnya nak dikongsikan perjalananku selepas tamat belajar daripada universiti tercinta, Universiti Malaysia Terengganu (UMT). Bukanlah indah mana, bukanlah buruk mana juga, namun sekadar perkongsian tak seberapa jer :)

Selepas habis praktikal, saya fikir nak cari kerja terus...atau try mana-mana peluang yang ada.

Namun, Allah itu lebih tahu apa yang perlu untuk kita, bukan apa yang kita mahu.

Maka pada bulan Oktober 2012, saya terpilih untuk menjadi peserta Program Perdana Leader Fellowship (PLF).

Apa tu PLF? Mesti ramai yang tak tahu sebab ini bukan program Pencarian Hos ke, Pencarian Bintang ke...tapi pencarian 'LEADER'. Orang kata macam 'best' jer nama program ni,. Actually banyak perkara yang best dalam program ni. Program yang mengambil masa enam bulan ni, mendedahkan saya dengan pelbagai pengalaman dan ilmu.

antara belog kami adalah : - http://plf01.blogspot.com/

saya sendiri ada juga tulis tentang pengisian program ini di sini

Paling seronok masa awal-awal program ni, dapat pergi teambuilding di LUMUT, Perak. Outward Bound Malaysia (OBM) selama seminggu.

GROUP BINTANG : Memang terbaik.


Yang ni 28 peserta PLF yang kena bersiap sedia dengan 'UJIAN' di OBM


This is my TEAM!! :) 

Naik whaler, jauh dan penat yang teramat sangat.....kena mendayung berjam-jam


Yeyy..dah sampai...



Esoknya mendayung lagi...memang terbaik..tapi yang bestnya, semua team member sangat cool dan relaxj jer :) 




Semua kepanasan, apa tak panasnya, memang terik betul matahari atas kepala....saya yang pakai kain tutup muka tu..hehe



Ini antara khemah-khemah yang kami guna....Cukuplah untuk muatkan 3 orang setiap khemah.



Excited mandi laut...hehe....Rindu this moment...



Kami kena masak sendiri....tak adanya pakai dapur gas bagai, kayu api jer semua...susah tapi  BESTT! 



Time ni memang walaupun masing-masing baru kenal, tapi kami memang rapat belaka....mana tak nya, pusing kanan, muka dia, pusing kiri muka dia lagi...hehe


Yang ni group Brinchang. Hehe..kira group pesaing kami la pada awalnya. Sekarang ni bukan pesaing dah tapi dah jadi saing (kawan) dah..hehe.. :)

Memang best kawan dengan dorang..happy go LUCKY!!


Ini time panjat memanjat.memang mencabar, nampak macam senang.tapi try tengok...ehe


Ambil gambar kenangan di Outward Bound...memang serius rasa nak datang lagi nanti :)



Ambil gambar kenang-kenangan lagi...hehe....




Nampak tak tangan saya berbelang..haha..lawaks


Serve to Strive and Not To Yield.....!!! Yeah..Hidup OBM!!



Bulan November 2012, saya meneruskan hari sebagai peserta, terdapat pelbagai program. Konvo. Kedukaan habis belajar dan kegembiraan mendapat segulung ijazah bersatu membuat hati bercampur baur.

Bergambar kenangan bersama abah dan mama ku semasa hari Konvokesyen yang ke-10 di UMT

Alhamdullilah, selepas bersengkang mata menghadap buku dan laptop, menangis penat dan lelah, terhimpit antara amanah dan tanggungjawab sebagai pelajar dan MPP, serta perlbagai suka duka sebagai pelajar, Alhamdullilah.. akhirnya pada 25 November 2013, segalanya terjawap juga......


Berteman abah dan mama yang sentiasa menjadi tulang belakang dan kekuatan buat diri ku, ini sebagai satu tanda dan simbolik kepada satu perjalanan yang lebih mencabar Insya-Allah. Kejayaan yang Allah bagi untuk sementara ini bukan milikku, tapi milik-Nya dan milik keluarga. Saya perlu 'bayar' semula segalanya...



Ini gambar keluarga yang lebih besar, adik lelaki dan adik perempuan ku tak dapat bersama..


Thanks for all yang sudi bagi present bunga dan teddy bear yang comel tu..TQ sooo MUCH.. :)

saya simpan lagi..sayang nak buang bunga-bunga tu walaupun dah layu..I LOVE all my friends and my family yang sudi support me...always  walaupun dalam susah dan senang... :'( (sebak pulak)


November terus berlalu membawa seribu kenangan.....

Pada bulan Disember 2012, meneruskan program Perdana Leader Fellowship. Banyak lokasi yang ku lawati ...antaranya....



Di Jcorp


Di Nusajaya, Johor

Di Johor

Bersama Tun Mahathir di Putrajaya



Tahun baru 2013 segalanya berubah......

Bulan Januari 2013, Mentorship bersama CEO OTAi Franchise Sdn.Bhd

Dan saya ditempatkan bersama mentor yang cukup berilmu, berpengalaman dan hebat dalam bidang perniagaan franchise, iaitu En. Suhaimi Abas. CEO OTAi Franchise Sdn.Bhd.


Bulan Februari 2013, Mentorship hampir habis, sedikit konflik dalam diri sendiri. Dalam mengenali dunia pekerjaan dan sikap manusia.

Bulan Mac 2013, saya dan rakan-rakan diberi peluang untuk menjalani pengantarabangsaan di Perth, Australia selama seminggu.




Selepas itu ,  saya telah selesaikan amanat terakhir untuk mengadakan program mengunakan bajet yang disediakan oleh Kementerian Belia dan Sukan (KBS). Setiap antara kami perlu mempunyai projek yang tersendiri. Maka ku hasilkan 'SMARTGEN-Y Inspiration".




Saya perlu menjalankan program yang berkualiti dan mampu membantu masyarakat. Serba sedikit tentang program ada di sini

Alhamdullilah

Saya telah menjemput saudara Johan As'ari yang tidak asing lagi di Malaysia. Saya tak pernah menyangka saya mampu mengenali beliau, ayah saya yang banyak membantu dalam menjemput beliau tambahan Johan seorang yang sangat sporting, sangat-sangat humble (yang tak mampu saya gambarkan dengan kata-kata), bukan nak mengampu jauh sekali memuji berlebihan, namun itulah hakikatnya.


Beliau sangat islamik dan menekankan tentang IMAN dan ILMU dalam talk yang diberikan kepada para pelajar Sek Men Teknik Kuala Lumpur.


Selain itu, saya turut bersama  2 gadis hebat iaitu Millionaire Sisters...sebelah kiri sekali ialah Sis Akmar dan Sis Elynn.

Respect sangat dengan mereka kerana sangat humble dan cukup hebat. Semoga Allah memberkati perjuangan mereka dan terus berjaya.amin...



Ini adalah warna- warni senyuman pelajar yang hebat-hebat di SMTKL. Rata-rata mereka amat berpuas hati dengan pengisian program. Alhamdullilah. semoga ilmu yang mengalir daripada program SmartGen-Y ini mampu memberi manfaat kepada mereka.

Demikianlah sedikit sebanyak perjalanan cerita tentang diriku yang tak seberapa ini. Banyak lagi yang ingin ku kongsikan, cuma kadang kala masa tidak mengizinkan dan mood menulis yang kejap ada kejap tak ada punca jarang saya update belog ini.

Apa pun, besarlah harapan saya sebagai insan kerdil ini, agar semua pembaca yang mungkin rakan taulan, kenalan atau mungkin baru dikenali, doakanlah perjalanan saya yang masih baru dalam 'dunia luar' ini dapat berakhir dengan penuh keberkatan dalam kejayaan. doa kalian amat dihargai dan saya dambakan.

Tidak lupa juga, saya juga sentiasa mendoakan insan-insan yang diluar sana agar terus tabah dan berusaha bersungguh-sungguh dalam apa jua yang kita lakukan. semoga dapat sama-sama kita kecapi kejayaan di dunia dan di akhirat.

Terima kasih kerana sudi membaca...:)

ASSALAMUALAIKUM....


Perjalanan ku jalan berliku,  mencari hembus bayu,
kadang-kadang hanya mampu membisu dan terkelu,
Disini ku tersedu-sedu......
Sebak dadaku, retak hatiku....
Dihiris pilu.....
Namun tiap pilu itu pasti ada SESUATU..............................





Jumaat, 22 Mac 2013

EVENT FOR BLOGGER : SANTAI OTAI BERSAMA BLOGGER



Baru-baru ini pada 7 Januari sehingga 27 Februari, OTAi Franchise Sdn Bhd telah menerima 2 orang Mentee dari Program Perdana Leader Fellowship.

Maka, pada 23 Mac 2013 ini salah seorang daripada mereka telah merangka Program Santai OTAi Bersama Blogger.

Program tersebut dirangka atas kesedaran mentee tersebut terhadap kepentingan pembangunan ekonomi belia melalui galakan ke arah bidang keusahawanan

Melalui kerjasama Encik Suhaimi Abas, acara Bicara Petang Keusahawanan Islam akan diadakan selama 1 jam bersama Blogger-Blogger yang sudi menyeru hasrat tersebut. 

Tiada bayaran dikenakan kepada peserta program Santai ini dan pihak OTAi berbesar hati menjemput para Blogger untuk merasai produk terbaru kami iaitu Burger Speso, Longtai, dan Hotdog Jumbo.

Bagi Blogger yang berminat, boleh terus menghubungi Cik Wan Nurshahida di talian 013-405 7520 untuk pengesahan kehadiran. 

Kami berharap program yang dijalankan akan berjalan lancar seperti yang dirancang. Semoga lebih ramai usahawan muda dilahirkan kelak. "Perjalanan Seribu Batu Bermula Dengan Satu Langkah". Semoga kita berada dalam kalangan orang-orang yang berjaya. Amin......

Maklumat Program:

Program Santai Otai Bersama Blogger dan Pelancaran Produk Baru OTAi Burger
Tempat: Pejabat OTAi Franchise Sdn Bhd
             No 1-2, Jalan Melati Utama 4, Taman Melati Utama,
             53100 Setapak, Kuala Lumpur, Malaysia
Tarikh : 23 Mac 2013, Sabtu
Masa  :  2.00ptg - 5.00 ptg

JANGAN LEPASKAN PELUANG, SIAPA CEPAT DIA DAPAT :)

link ini boleh didapati juga di blog OTAI FRANCHISE

Selasa, 19 Mac 2013

Warkah untuk LELAKI ITU


 WARKAH UNTUK LELAKI


Wahai Lelaki…
Sejenak membuka mata melihat dunia
Azan kumandang berdendang dicuping telinga
Tangannya terkapai menangkap angin menghirup udara
Asalnya kita seperti sama
Makin lama makin dewasa, dunia makin berbeza
Aku dan dia tidak serupa, jauh berbeza


Wahai lelaki,
Roh jasadnya meronta persis PAHLAWAN DUNIA
siap siaga bidangnya berjatikan tekad bertulangkan kudrat
Kian terpancar semangat perwira beradat
Roh semangat jadi penguat
Urat dan kudrat bukan sekadar nikmat
Memandang kelangit menunduk ke bumi mahu berkhidmat


Oh Lelaki,
Dunia kata dialah pemimpin keluarga mahupun takhta dunia
Akhirat kata dialah makhluk insan pertama syurga
Dunia kata dialah pahlawan tiada gentar pada musuh durjana
Akhirat kata dialah raja berteman bidadari syurga
Benar, dia pelengkap segala detik perjalanan umat manusia


Aku lemah kerana itu adalah fitrah
Namun tak bermakna aku kalah beralah
Hak kita masih sama, kudrat memang berbeza
Adil dunia tidak kemana, adil akhirat it pastinya
Kau pengerak kebenaran penghapus kebatilan
Kekuatanmu bukan pada kuasa kerana itu binasa
Kekuatanmu dari jiwa beragama yang berbisa


Hai Lelaki,
Darah mudanya pemangkin jasa
Darah tuanya tidak membuta
Dialah bapa tegap bergaya
Memimpin si kecil tidak berdaya
Mengalun zikir membimbing agama
Mencantas arah songsang memandu ke syurga
Memacu secupak rezeki pengalas lapar dahaga
Korban masa jua tenaga demi keluarga,
demi agama, demi segala.


Lelaki itu,
Aku dikatakan berlindung dibawah lembayungnya
Selamat dalam didikannya
Sentosa dalam jagaannya
Adakah benar itu berlaku?
Jangan biar aku tertipu….


Kita berbeza namun tetap sama
Lahir dari kepalan tanah lalu turun ke dunia
Ayuh kita bersatu melakar sejarah dunia 
Demi menitip laluan ke pintu syurga


NUKILAN SEORANG WANITA
ZULAIQHA ZULKIFLI

Isnin, 11 Mac 2013

90 peratus pasangan bercerai tidak bersolat

Assalamualaikum dan salam kasih sayang buat semua,

Lama tak menulis, tapi tangan ni rasa nak berkongsi sesuatu sebagai tauladan bersama.
Saya pun bukanlah sempurna mana dalam mengerjakan solat namun, dan juga tak pernah berkahwin lagi...tapi sajer-sajer jer menulis entri kali ini sebagai ingatan dan pengajaran, saya ingin berkongsi pembacaan saya yang mungkin semua dah baca. Cuma sekali lagi saya katakan, sebagai ingatan dalam perkongsian.

Abah saya panggil, dia nak tunjuk artikel dari paper yang keluar.. agak lama dah artikel ini...

Tapi di repost oleh facebooker yang rajin dalam FB (terima kasih yer), maka saya pun terbacalah artikel dalam sinar harian  DAN HARIAN  METRO yang menyatakan :-


JOHOR BAHRU – Sebanyak sembilan puluh peratus daripada bilangan kes cerai yang dicatat di negeri ini didapati berpunca daripada latar belakang keluarga yang mengabaikan solat serta tidak mendekatkan diri kepada ALLAH SWT.
 Kadi Besar Negeri, Mohd Nooh Kadri berkata, sebahagian besar daripada 3,021 kes cerai yang berlaku di Johor terdiri daripada pasangan suami isteri yang mengabaikan amalan solat masing-masing.
 “Tiga punca utama penceraian yang banyak berlaku di Johor termasuklah masalah ekonomi, jurang komunikasi serta ketidakpuasan hati dalam perhubungan seks.
 “Namun apabila diselami dengan lebih mendalam, setiap permasalahan yang timbul adalah bertilik-tolak dari amalan gaya hidup pasangan suami isteri yang mengabaikan solat mereka.
 “Apabila ditanya, kira-kira 90 peratus daripada pasangan yang merujuk kes cerai kepada Majlis Agama Islam Johor (Maij) mengaku tidak menjaga solat sedangkan Allah telah berjanji akan memberi jalan penyelesaian kepada umat yang bertakwa,” katanya.
 Selain itu katanya, pada tahun lalu jumlah pernikahan dan penceraian meningkat berbanding tahun sebelumnya namun jumlah pasangan yang merujuk kembali menurun hampir 50 peratus iaitu daripada 416 pada tahun 2010 kepada 279 tahun lalu.
 “Pada tahun 2010, jumlah pasangan baru yang bernikah adalah sebanyak 14,584 dan meningkat kepada 17,061 pada tahun lalu.
 “Manakala kes cerai turut meningkat daripada 2,793 pada tahun 2010 kepada 3,021 kes tahun lalu,” katanya ketika ditemui, semalam.
 Mohd Nooh berkata, sesebuah perkahwinan gagal diselamatkan turut berpunca daripada sikap ego yang terlalu sehingga menyebabkan mereka enggan berubah dan memperbetulkan kesilapan masing-masing.
 Dalam pada itu katanya, setiap pasangan perlu mendalami matlamat dan tujuan sebenar mendirikan perkahwinan serta sentiasa mengamalkan sikap sabar dan toleransi antara satu sama lain bagi mengelakkan kes perceraian berlaku.
 “Matlamat utama pernikahan adalah untuk mendapatkan ketenangan dan kebahagiaan selain menambahkan lagi bilangan umat Islam.
 “Selain itu, perkahwinan juga mampu memperbaiki akhlak pasangan ke arah yang lebih baik dan menghalang manusia dari melakukan maksiat. 
 “Dan sebab itu penceraian dapat dielakkan jika kedua-dua pasangan memahami dan sedar mengenai matlamat sebenar perkahwinan mereka,” katanya.

Pendek kata, SOLAT itu bukan sahaja TIANG AGAMA, tetapi juga TIANG RUMAHTANGGA. menautkan dua JIWA RAGA.....

tanpa SOLAT...boleh menyebabkan......



Mungkin ramai antara kita memandang enteng tentang solat ni, tapi hakikatnya demi jaminan masa depan didunia dan akhirat, SOLAT harus DI DIRIKAN... harus dilaksanakan sebaiknya.

Perkara ini adalah untuk ingatan diri saya juga,Walaupun saya masih tak berkahwin dan tiada pengalaman, tetapi saya juga sedang dalam mempersiakan diri ke arah itu. Malah bila difikirkan tetang isu cerai zaman sekarang amat  membimbangkan, saya jadi gerun juga... Siapa yang nak berkahwin sekejap dah nak bercerai berkali-kali??

Kerana solat membentuk manusia jadi seorang yang baik dari segenap sudut kehidupan.... Saya juga teringin dan berdoa, semoga Allah kurniakan saya seorang lelaki bukan sahaja boleh jadi ketua keluarga tetapi juga menjadi imam ketika solat... Saya terbayang sekiranya saya berpeluang menjadi makmum mengikut di belakang suami... Samalah juga menjadi makmum yang taat  kepada imamnya dalam setiap segenap erti kehidupan, Insya-Allah. 

Kita harus sedar, hakikat ‘ketam mengajar anaknya berjalan lurus’ adalah hakikat dunia yang sebenar, bukan sekadar peribahasa penyedap rasa. Oleh sebab itu, tidak hairanlah pasangan yang tidak solat ini mampu melahirkan generasi yang tidak bersolat juga, malah menambahkan bilangan umat Islam yang tidak mampu menyempurnakan Rukun Islam tapi  sibuk untuk menyempurnakan RUKUN NEGARA dan RUKUN TETANGGA...

Walaupun saya masih tak berkahwin dan tiada pengalaman, tetapi saya juga sedang dalam mempersiapkan diri ke arah itu. Malah bila difikirkan tetang isu cerai zaman sekarang amat  membimbangkan, saya jadi gerun juga bila fikirkan perkara ni. Tetapi kena OPTIMIS untuk mengharungi kehidupan akan datang. 

Saya ingatkan diri saya juga bawaha SOLAT itu bukan sahaja TIANG AGAMA, tetapi juga TIANG RUMAHTANGGA. menautkan dua JIWA RAGA. Waallahualam~


Terima kasih kerana sudi membaca. Yang baik itu datang dari-NYA, yang buruk itu datang dari kekilafan diri saya sendiri. 
^___^
ASSALAMMUALAIKUM :)

Sabtu, 9 Mac 2013

Monolog Seorang Aku

Tiada apa yang lebih sakit daripada dihina dan dimaki,
Tiada apa yang lebih perit daripada dipanggil bodoh dan hodoh,



Itulah kehidupan....
Kita sering melalui hidup yang sukar...
Cabaran dan dugaan yang perlukan kesabaran.
Kita sering hidup kerana orang nak kita hidup, bukan kerana kita yang nak hidup.
Kita sering bertindak kerana orang lain yang nak kita bertindak, bukan kerana kita yang nak bertindak...
Kita sering berubah kerana orang nak kita berubah, bukan kita yang nak berubah..
Segalanya kerana ORANG..
Mungkin Allah menguji kita...

KENAPA jadi macam tu?
Kita tak BEBAS untuk memilih hala tuju hidup kita...?
Manakah hak kita dimuka bumi ini?

Lalu..bila hati kita kecewa?
Siapa yang mampu menemani kita? Siapa? Siapa?

Air mata?
Tangisan kecil dalam hati...?
Marah hingga bawa kepada barah di sanubari...?
Ia tersemat dihati..sukar untuk diubati..
Meskipun berlalu dek hari
Meskipun sebati dek memaafi
Mungkin Allah menguji aku lagi....

Tentang AKU,
Walaupun aku cuba lari daripada realiti kehidupan,
namun realiti itu adalah realiti yang mengejarku,
Aku kepenatan dan keletihan berlari berbatu-batu kerana sang REALITI
Mungkin sebab aku tak cukup berdoa,
Mungkin sebab aku banyak berdosa...
Ya...aku pendosa kerana aku bukan MALAIKAT...
Mungkin Allah menguji aku lagi..

Aku tak nak orang marah aku,
Aku mungkin terlalu fikir aku HEBAT dan LEBAT berbicara,
Aku selalu rasa aku TERBAIK dan orang lain TERBALIK...
tapi aku mungkin tak sedar sebenarnya aku bukan siapa-siapa..
Aku tetap hina dan dina...
dan aku tiada apa-apa...
Mungkin Allah menguji aku lagi..

Dunia ini berputar pada paksi yang sama setiap hari,
bila kita buat orang, tunggu jer nanti orang pula buat kita
Ya, aku selalu tunggu orang buat aku..
mungkin bila jadi macam tu, aku akan rasa aku lebih baik dari mereka
sedangkan aku bukanlah baik mana, tak bagus mana..
tapi yang ini memang aku akui,
aku bukan manusia yang suka cari pasal dengan orang....
tapi ntah mengapa aku sentiasa hadapi situasi orang menyakitkan hati aku..ketika aku bersenang hati..
Mungkin Allah menguji aku lagi..

Aku akan tetap terus berdiri dan berlari
walaupun aku sering bermimpi..
Egoistik menguasai jiwa dan kalbu
Konon aku bijak dan hebat...
Sampai dendam jadi kesumat..
Sampai marah jadi barah..
Mungkin Allah menguji aku lagi..

Biarlah,,,,
Aku akan terus berlari mengejar mimpi.,,
Biarlah aku berlari secara realiti hingga aku MATI...

Mungkin aku perlu "SAKIT" untuk BANGKIT...
tapi tak apa..
aku anggap ini sebagai detik kekuatan untuk aku panjatkan kesyukuran pada-NYA
Kerana  Dia yang tetapkan aku disini.
Wahyu ILLAHI yang buat aku gila kadang-kadang....
tapi aku sentiasa katakan pada hati supaya jangan pernah jadi PENGECUT atau KECUT.
AKU KENA KUAT walaupun AKU BUKAN MALAIKAT

*Ini bukan PUISI atau SAJAK penghias BLOG atau bukan juga tanda aku nak menunjukkan aku  ni BERSENI ke apa (sumpah tak rasa macam tu). Nukilan bukan untuk membuktikan apa-apa. Ini sekadar nukilan Monolog Seorang Aku* Monolog dan sajak tu berbeza. T.Kasih :)



Khamis, 7 Mac 2013

Perdana Leader Fellowship (PLF)

Logo Perdana Leader Fellowship (PLF)


1. LATAR BELAKANG

1.1  Malaysia memerlukan tokoh/pemimpin yang bijaksana berhemah, berintegriti serta berkeupayaan dalam menghadapi isu dan cabaran  semasa diperingkat nasional mahupun global.

1.2  Kepelbagaian adat, budaya dan kepercayaan agama di Malaysia merupakan satu keunikan dan kekuatan jika ia diuruskan dengan baik.  Justeru, Kementerian Belia dan Sukan sebagai salah satu agen pembentukan modal insan, perlu bertanggungjawab dalam melahirkan  pelapis untuk menggantikan pemimpin-pemimpin berkaliber masa kini.

1.3  Hal ini juga diyakini bahawa Malaysia mempunyai generasi yang kurang kompeten untuk memimpin negara pada masa hadapan. Ciri-ciri  kepimpinan generasi muda telah menunjukkan sedikit penurunan dari 67.2 pada tahun 2006 kepada 65.3 pada tahun 2008 (Indeks Belia  Malaysia).

1.4  Pemimpin generasi muda yang cemerlang perlu terus digilap melalui platform yang sesuai untuk mendapatkan latihan dan pendedahan  formal serta profesional yang dapat mempertingkatkan potensi kepimpinan mereka.

1.5  Generasi-Y memerlukan role model untuk membina kemahiran kepimpinan sehingga ke peringkat tertinggi. Pada ketika ini, golongan gen- Y memilih pembelajaran melalui praktikal berbanding hanya teori.

1.6  Kejayaan program White House Fellow di Amerika wajar dicontohi oleh Malaysia bagi menjamin kesinambungan pelapis pemimpin muda  negara. Justeru itu, Kementerian Belia dan Sukan selaku agensi utama dalam pembangunan belia mencadangkan satu program khas ala- program WHF di Amerika iaitu program The Leader. Program ini adalah salah satu daripada initiatif Makmal Transformasi Pembangunan  Belia. Bagaimanapun, The Leader telah dibuat penjenamaan semula dengan menggunakan nama baru iaitu ‘Perdana Leader  Fellowship’.

2 OBJEKTIF
 Matlamat utama program ini adalah untuk melahirkan pemimpin muda berwibawa sejajar dengan keperluan negara masa kini dan masa  hadapan. Objektifnya adalah untuk:-

2.1 membina dan meningkatkan ciri-ciri kepimpinan sejajar dengan nilai bersama masyarakat Malaysia;
2.2 meningkatkan pengetahuan dan kemahiran pemimpin gen-Y demi kepentingan
2.3 survival dan penerusan/sustainability kepimpinan negara jangka panjang; dan
2.4 mewujudkan barisan pewaris kepimpinan negara.

3 KUMPULAN SASAR

3.1 Peserta
Bilangan peserta 40 orang calon.
Belia yang berumur dalam lingkungan 21 - 27 tahun.
Calon berasal daripada pelbagai kaum dan etnik.
Lepasan universiti/kolej minimum kelulusan Diploma (CGPA tidak kurang daripada 3.0) atau Degree/Bachelor (CGPA tidak kurang daripada 2.7).
Fasih dalam 2 bahasa (Bahasa Malaysia & Bahasa Inggris).
Mempunyai kesihatan yang baik.
Kriteria :
Suka/minat untuk belajar : mendorong mereka untuk membuat sebahagian besar daripada perkongsian mentor.

Berdaya usaha (sendiri) : membentuk keperibadian diri dari program mentoring mereka.

Keyakinan : memiliki keyakinan untuk mencapai potensi mereka yang terbesar.

Berani mengambil risiko : tidak takut menghadapi cabaran.

Ketahanan : mampu untuk bangkit semula dari kesilapan & kegagalan.

Keghairahan : ghairah untuk terus belajar dan mempertahankan
hubungan mentor/mentee dari masa ke semasa.

Berfikiran terbuka : mampu mempertimbangkan semua cadangan, termasuk kritikan yang membangun daripada perkongsian mentor.

Komitmen : elemen penting dalam menjaga hubungan rapat antara mentor dan mentee.

Kesetiaan : memelihara perilaku dan etika terhadap mentor dan ahli-ahli dalam organisasi.

Penghargaan : memberikan komitmen sepenuhnya dan kerjasama untuk mempertahankan kepentingan mentor.

4 KAEDAH PROGRAM & TEMPOH MASA

4.1  Kaedah berkonsepkan gabungan latihan internship dan mentorhip mengikut lima (5) bidang yang telah dikenalpasti iaitu Keusahawanan,  Sektor Kerajaan, Aktivis Sosial, Industri Kreatif dan Individu Profesional.

4.2 Pencalonan dan pemilihan peserta berdasarkan :

Permohonan terbuka kepada IPTA/IPTS, NGO, agensi awam dan swasta
Hebahan akan dibuat melalui media cetak iaitu surat khabar dan media elektronik di laman web rasmi kementerian (permohonan on-line) serta blog seperti facebook dan twitter.

Proses saringan/tapisan akan dibuat melalui semakan dokumen calon, sesi temuduga dan kem pemilihan; dan
Tawaran akan dikeluarkan berdasarkan kepada keputusan Jawatankuasa Panel Pemilihan Peserta / Mentee.

6. TEMPOH PROGRAM DAN MODUL

 Tempoh pelaksanaan modul adalah sepenuh masa selama enam (6) bulan. Setiap peserta wajib lulus kesemua modul/aktiviti yang telah  ditetapkan. Aktiviti fizikal akan dijalankan selama tujuh (7) harisebelum pengisian 4 modul utama dijalankan:

6.1  Sesi Tutorial : Orientasi, aktiviti fizikal, Kemahiran Abad ke-21, asas komunikasi, kepimpinan dan kemahiran pengurusan organisasi,  serta elemen integriti (3 minggu).

6.2  Pembelajaran Lanjutan : Latihan kemahiran kepimpinan lanjutan di peringkat antarabangsa dan global (1 bulan). Dalam tempoh  tersebut, peserta akan dibawa ke luar negara selama lima (5) hari untuk kursus bersijil jangka pendek, kajian kes dan lawatan.

6.3  Penempatan : Mentee ditempatkan bersama atau dalam organisasi Mentor untuk mempelajari nilai-nilai dan kemahiran kepimpinan  melalui tugasan yang diberikan oleh Mentor (3 bulan).

6.4  Projek : Mentee akan melaksanakan projek berprofil tinggi di peringkat akar umbi serta memberikan impak yang tinggi kepada  masyarakat khususnya golongan belia (1 bulan). Pelaksanaan projek akan dibimbing oleh seorang penyelia yang dilantik dari awal mereka  mengikuti modul tutorial.

7. PENILAIAN

Pemerhatian dan penilaian akan dibuat secara berterusan dengan menggunakan kaedah scoreboard,parameter, 360% oleh rakan kongsi dan mentor. Laporan aktiviti akan dilaksanakan secara berkala bagi mendapatkan rekod pencapaian dan kejayaan semasa setiap mentee. Pihak IPPBM akan melihat semula serta menyediakan bentuk dan format penilaian berdasarkan kaedah yang ditetapkan.

8. PEMILIHAN MENTOR DAN MENTEE


Seramai 20 orang mentor akan dilantik untuk membimbing 40 orang mentee selama 3 bulan. Pemilihanmentor akan dibuat berasaskan kriteria pencapaian, kemampuan dan kualiti. Penempatan menteeadalah berasaskan ratio dua (2) orang mentee bagi setiap anchor mentor dan dua (2) hingga tiga (3)assistant mentor setiap organisasi. Walaupun demikian, mentor perlu memperuntukkan sekurang-kurangnya 20% dari masa keseluruhan modul penempatan dengan Mentee diadakan.

Daripada dua (2) orang mentee tersebut, satu (1) daripadanya dipilih oleh mentor manakala seorang lagi adalah berdasarkan pilihannya sendiri. Bilangan minimum mentee bagi setiap bidang adalah seramai lapan (8) orang dan setiap bidang melibatkan empat (4) organisasi. Pemilihan individu/organisasi berasaskan kepada kriteria-kriteria berikut :-

8.1  Pencapaian : Profesional dengan pengalaman 5 tahun atau lebih, berpengalaman dan berjaya dalam menjalankan perniagaan,     lapangan akademik, berjaya dalam mendirikan model perniagaan baru.

8.2  Kemampuan : membantu dalam penetapan tujuan, memberikan nasihat praktikal dan arahan, mampu membawa yang terbaik pada     peserta, mampu memberikan keadilan, jujur dan memberikan maklum balas.

8.3  Kualiti : Ketenangan, sikap positif dan profesional, kesabaran, sifat menyokong, berkemahiran.

9. JAWATANKUASA / PANEL
Jawatankuasa Induk
Pengerusi : Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan Malaysia
Ahli : Wakil Yayasan Kepimpinan Perdana (YKP), Rakan Kongsi, Mentor dan beberapa ahli prominent (10 orang)
Jawatankuasa Kerja / Pelaksana
Pengerusi : Ketua Pengarah,
Jabatan Belia dan Sukan Negara
Ahli : Semua TKP Bahagian, P(KS), Penyelaras Rakan Kongsi dan Konsultan
Sekretariat
Caw. Kepimpinan dan Pembangunan Sahsiah,
Bahagian Pembangunan Belia (JBSN)

10. PASCA PROGRAM
Bagi tempoh enam (6) bulan hingga satu (1) tahun selepas program ini dijalankan, pengemaskinian pengkalan data peserta / status pencapaian/aktiviti semasa, penubuhan kumpulan baru yang melibatkan mentee dan mentor dan perjumpaan alumni akan dilaksanakan.

11. ELAUN
Setiap peserta akan menerima elaun sara diri sebanyak RM1,000.00 sebulan sepanjang tempoh program.

12. PENUTUP
Peserta mampu memperoleh hasil positif dan pembelajaran nilai-nilai kepimpinan yang positif melalui pengalaman program dan menyediakan ruang yang lebih jelas bagi belia untuk mengetahui arah yang mereka inginkan. Selain itu, peserta juga akan mampu memberikan sumbangan kepada negara melalui penglibatan dalam program-program belia.

CADANGAN MODUL

a) Sesi Tutorial

  • History and Nation Building of Malaysia
  • Integrity and Patriotism
  • 1Malaysia Concept
  • Public Policy
  • Ethics and Good Governance
  • Politics in Malaysia
  • Definition of Leadership & Leadership Styles
  • Leadership in a Changing Global Environment
  • Leadership and Lifelong Learning
  • Issues and Challenges in the Malaysian and Global Economy
  • Preparation on Malaysian Budget & How It Affects Us
  • New Economic Model (NEM)
  • Sustainable Development and Public Policy
  • Green Technology and Energy Policy
  • Food Security
  • Transportation Policy
  • People/Social Skills: Etiquette, Fine Dining, Protocol
  • Fine Dining
  • Communication and Motivational Skills
  • Speech, Public Speaking and Media Skills
  • Crisis Management
  • Crisis Communication
  • Negotiation Skills
  • Social Networking
  • New Media


b) Sesi Lanjutan


  • International Trade
  • Trends in International Trade
  • Regional Trade Agreements and Trade Blocs
  • International Monetary and Financial Crisis
  • Global Islamic Finance and Services
  • Global halal Market, Standards and Development
  • World History – Lesson from Ancient Civilizations
  • International Politics and Security of Asia
  • Major Powers in Asia: The USA, People’s Republic of China (PRC), Japan, South Korea
  • BRIC as Emerging Powers (Brazil, Russia, India and China)
  • Contemporary Issues in ASEAN: Politics, Security, Economy
  • East Asia Community (EAS) and ASEAN + 3
  • A Session with ASEAN Diplomats
  • OIC and Commonwealth
  • Country Focus: Indonesia, Thailand and Vietnam
  • Country Focus: Singapore, Brunei and Australia
  • Lesson from Japan, Taiwan and South Korea Economic Development
  • Potential Threats: Maritime & Economic Security
  • Futures Thinking: Scenario Planning & Horizon Scanning
  • Understanding Culture & Cross Culture Management
  • Visiting and Smart Study to: China, India, Singapore / South Korea, Australia and Hong Kong


CONTOH SENARAI PROJEK MENGIKUT BIDANG

KEUSAHAWANAN
a) Berikan produk, minta Mentee untuk menjenama, memasar dan
mencapai target jualan;
b) Berikan aset dan minta Mentee untuk tingkatkan nilai;
c) Mengatur program amal;
d) Mengatur dan menguruskan program keusahawanan muda di peringkat antarabangsa; atau
e) Diberi modal awal RM 1,000 dan tingkatkan menjadi RM 10.000 dalam jangka waktu tertentu.

SEKTOR KERAJAAN

a) Mengatur dan menguruskan program kempen pendaftaran pengundi;
b) Mengadakan Hari Terbuka Jabatan/Agensi Kerajaan ;
c) Mengadakan Karnival Kerjaya;
d) Mengadakan kajian di peringkat akar umbi (masyarakat), misalnya menyiapkan rencana yang dicadangkan bagi pembangunan wilayah - Pelan Pembangunan Kampung Baru, Kuala Lumpur; atau
e) Membantu lepasan universiti untuk mempersiapkan diri mencari dan memasuki alam pekerjaan.

AKTIVIS SOSIAL

a) Mengatur makan malam amal;
b) Mengadakan Konvensyen Organisasi/ertubuhan Sukarelawan Malaysia;
c) Membuat kerja khidmat masyarakat di Kemboja;
d) Mengadakan kursus latihan sukarela; atau
e) Membantu KBS dalam perancangan romosi dan pendaftaran sukarelawan.

INDIVIDU PROFESIONAL

a) Mengatur seminar kepimpinan;
b) Membantu untuk mengadakan konvokesyen universiti;
c) Mengatur program latihan kepimpinan untuk remaja;
d) Mengadakan kempen derma darah dengan sasaran 1,000 penderma; atau
e) Mengadakan karnival pendidikan.

INDUSTRI KREATIF

a) Membuat dan memasarkan rekaan baru, contoh: industri fesyen;
b) Mengadakan karnival, contoh: pertunjukan fesyen, konsert, seni;
c) Mengadakan bengkel dalam bdang industri kreatif;
d) Mengatur kempen kesedaran untuk memelihara budaya warisan melalui media cetak dan elektronik; atau
e) Membantu Istana Budaya untuk mempromosikan persembahan teater.

(Source : Kementerian Belia Dan Sukan )
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Celoteh Sayang..