Assalamualaikum wahai penghuni alam yang dikasihi…
Sudah lama rasanya tidak ku coretkan luahan jiwa dan rasa ku disini…bukanlah kerana tiada idea atau kekangan masa semata-mata, tetapi mahu memulakan sesuatu yabg telah lama di tinggalkan bukan sesuatu yang mudah bagi diri ku…
Kadang-kadang tidak dinafikan,ada bibit rindu mahu menukilkan sesuatu didalam blog ini untuk dikongsikan bersama. Selama daku di Universiti Malaysia Terengganu ini, pelbagai pengalaman manis dan pahit dapat ku rasai…Namun, aku sedar bahawa kehidupan ini sememangnya penuh pancaroba yang kadang-kadang buat aku rasa penat dan letih untuk meneruskannya,namun aku tahu aku sebagai hamba-Allah yang kerdil ini harus bersiap sedia menghadapi kemelut-kemelut ini
Berdepan dengan ‘assignment’ yang tidak pernah kurang…berhadapan dengan ragam manusia yang berbagai-bagai…menghadapi cabaran dalam menuntut ilmu…dan semua kepayahan yang sebenarnya sedikit sebanyak mematangkan aku.
Bercerita tentang bersahabat, bagi aku bukan mudah untuk kita memuaskan hati semua pihak kerana kadang-kadang hati kita sendiri tidak mampu tuk dijaga. Bagi aku,selagi boleh menjaga hati mereka,selagi itu akan ku cuba jaga.Namun sedari diri ini juga tidaklah sesempurna mana,makanya…ku mohon maaf sekiranya sepanjang perkenalan kita,ada terkasar bahasa atau terlanjur biacara yg mungkin menguriskan hati…Bukan apa, aku sememangnya seorang yang mudah dibawa bergurau dan suka bergurau…takut pulak ada ayat-ayat yang sekadar bergurau yang membuatkan hati sesiapa terasa..Sorry yer beb…..
Bagi aku, kawan-kawan dan sahabatku sangat penting buat diri ini.. Bukan hanya kata-kata ,tetapi memang inilah yang lahir dari jiwa dan sanubari ku..(wahhh..kes berat dah ni) hmmm…walaupun aku sedar bukan mudah untuk mencari rakan yang sudi bersama kita tika senang ataupun susah.tapi aku percaya, orang yang sedang membaca blog ku ini adalah salah seorang sahabat yang baik,insya-Allah.
Aku jenis mudah bergaul dengan sesiapa jer tanpa mengira bangsa,budaya atau apa jua perbezaan selagi masing-masing tahu menghormati diri masing-masing…Cuma permasalahan mungkin senang timbul bila ada yg tak mampu tuk menghormati org lain..Tak perlulah ku sebutkan nama atau membabitkan org itu dalam blog ku ini,hakikatnya…menjadikan aku juga hilang hormat padanya..
Bagi aku nilai diri seseorang hamba ciptaan Allah ini itu sangat tinggi dan tidak boleh sewenang-wenangnya diperlekehkan, kerana itu bukanlah sesuatu yang wajar…Pendek kata janganlah kita senang-senang memaki hamun orang lain tanpa usul periksa..kalo orang tu salah sekalipun,biarlah ditegur dengan cara yg berhikmah.
Itulah cerita yang berkisar tentang sahabat…Bagi aku,setelah berjauhan dengan family ni..perasaan sayang pada seorang kawan-kawan sangat tinggi…Merekalah pengubat duka,penyempuh segala penyakit yang memudaratkan jiwa. Aku sentiasa berdoa semoga persahabatan ku dengan rakan-rakan ku tidak bernoktah sekali-kali pun,amin..
Terima kasih sekali lg..i love u all...muahhh..
Andai hidup punca perpisahan, biarlah mati menyambungnya semula. Namun seandainya mati punca perpisahan, biarlah hidup ini membawa erti yang nyata.
0 Komen-komen:
Catat Ulasan