Assalamualaikum dan salam satu Malaysia.
Semalam daku menghadapi AGM untuk Kelab Gemersik kesayangan ku. Aku tidak mampu tuk berfikir apabila aku tiba-tiba diberi tanggungjawab yang besar.Bukan satu tanggungjawab yg kcil bagi diri aku. Aku sedang mencuba…..
Hari ini,aku sedar,aku telah serta merta memegang tanggungjawab ini,maka aku harus laksanakan sebaik mungkin. Cuma aku juga perlu kerjasama dari semua…
Aku sememangnya gila-gila orgnya..Cuma bila ada masa aku serius,makanya serius la aku..Namun,sejauhmanakah ada orang yang mampu tuk menerimanya…? Kadang-kadang aku sedar, aku sangat berkompromi dgn kawan2 ku…tapi bila tiba satu masa,aku mohon mereka akan faham kenapa wujud keseriusan ku itu…Jadi kepada mereka,ku harapkan…cuba-cuba lah memahami keadaan aku ini…waa…(sdey lak..)
Dalam masa yg sama, bukan minta tuk dimanja atau di bagi muka pada diriku ini, tapi ku mohon agar insan2 yg ku gelar senior agar dapat beri panduan dan tunjuk ajar kepada diriku yang serba kekurangan ini.Janganlah ada rasa marah2, panas hati atau perli-perlian yg boleh menjatuhkan semangat sebaliknya ku mohon jika diri ini ada kekilafan, berilah teguran membina dan penuh hikmah supaya tiada jiwa yang terluka.Hal ini juga ku ingatkan pada diriku juga…
Antara pelajaran dan tanggungjwab pada tugas? Hmm…sekiranya aku datang ke UMT tuk berjuang bagi perkara yg bukan akademik,adakah itu yang sepatutnya? Segalanya bergantung pada keazaman diri.Aku tahu,aku manusia biasa yg tidak mampu tuk wat semua benda dalam satu masa, namun aku gembira untuk membantu apa yg diamanahkan…insya-Allah…Pelajaran juga tidak ku abaikan,….
Doa utama penenang jiwa.Kadang-kadang jiwa kacau…penuh masalah..stress dengan test dan quiz…tapi aku kena sabar..sabar eqa..sabar…Kena kuatkan keazaman.....
Kehidupan kita di dunia ini tidak menjanjikan satu jaminan yang berkekalan. Apa yang ada hanyalah percubaan, cabaran dan pelbagai peluang. Jaminan yang kekal abadi hanya dapat ditemui apabila kita kembali semula kepada Ilahi."
0 Komen-komen:
Catat Ulasan