Luangkan sedikit masa bersama....

Luangkan sedikit masa bersama....

Ahad, 9 Mei 2010

Selamat Hari Ibu...


Tuju khas sajak ni buat mamaku...Norida Abdul Manan...

Sederap detik masa... 
kau lalui dengan pancaroba.. 
tika duka ... 
dikau tersenyum walau dalam lara... 


kasihmu..tidak bertepian .. 
kau curahkan dengan penuh kasih sayang... 
perjalanan hidupmu yang panjang dilalui dengan air mata ketabahan.. 
disusuri dengan air mata pengorbanan... 
demi kebahagiaan anakmu... 


Bermula ketika ku masih dalam rahim mu... 
kau tanggung ku dengan penuh kesabaran.. 
dengan sepenuh kudrat yang ada..seluruh jiwa dan raga... 
Dikau lahirkan ku dengan penuh keperitan.. 
tidak dapat ku bayangkan betapa sakitkan dikau melalui saat-saat melahirkan ku...
Terima kasih ibu,kerana melahirkan ku..



Ketika kau lihat aku menangis kehausan dengan senyuman manis mu, 
kau hadiahkan air susu mu buat penghilang dahagaku.. 
Setitik susu ibu...
tidak dapat ku bayar meskipun diriku menjunjung mu mengelilingi Kaabah.. 
Subbahanallah..
betapa besarnya pengorbanan seorang ibu.... 
keagungan cinta dan kasihnya seorang ibu... 


Dikala ku menangis kesejukkan... 
dikau peluk ku dan melindungi ku dalam kehangatan kasih sayang yang tiada bernokhtah... 


Dikala ku kelaparan, kau suapi ku dengan kelembutan... 
meskipun dirimu kelaparan.. 


Dikala ku kecelaruan... 
dikau hulurkan tangan mu.. 
memberikan kekuatan menghamburkan semangat yang jitu pemangkin inspirasi buat jiwa ku... meskipun diri mu dihimpit kemusykilan.... 


Dikala daku diruntun kesedihan.. 
dikau berikan senyuman semangat buat penenang jiwa ku...
pengubat kedukaan ku.. 
meskipun dirimu dalam kepiluan... 
Namun,,sayangnya.. tika dikau dalam kesedihan...
tiada sesiapa yang mampu mengubatinya... 
tiada mampu menyedarinya kerana... 
dikau seringkali mengulitnya dengan senyuman ketabahanmu... 
Ku tahu, meskipun bibir mu tidak berbicara.. 
namun redup matamu memberitahu seribu rahsia.. 
dibalik ketabahan itu.. 
ku yakin, jauh dilubuk hatimu terlindung ribuan kepahitan kesedihan.. 
kelukaan..... mahupun keperitan... 
yang tidak mampu diubati.. 


 Namun.. mama... 
ku berjanji buat diri ini.. 
utk hulurkan kebahagiaan buatmu...
krn ku tahu... 
kasih sayang mu ibarat buih dilautan yang tiada penghujungnya... 
kasih sayang mu mekasr mewangi... 
menghiasi segenap perjalanan hidupku.. 
Mama, dirimu umpama udara.. 
yang menjadi nadi tuk ku terus bernafas... 
untuk ku terus meniti kehidupan.. 
dirimu inspirasi diriku selamanya... 
tanpa mu..siapalah aku.... 
TERIMA KASIH MA.. 
KERANA KAU MELAHIRKAN KU....♥ 


 NUKILAN: NORZULAIQHA
p/s: Mama yang ku sayangi...eqa berdoa moga mama dipanjangkan usia dan mudah-mudahan mama mendapat rahmat keberkatan daripda Allah SWT kerana pelbagai pemgorbanan yang telah mama lakukan buat diri eqa dan adek2...mama...sesungguhnya,eqa juga tidak lari dari melakukan kesilapan...oleh itu,eqa mohon ribuan kemaafan di atas segala salag dan silap eqa ma...pengorbanan mama tidak akan eqa lupakan sampai bila-bila,insya-Allah...


Seorang lelaki datang kepada Rasulullah saw, kemudian berkata: “Wahai Rasulullah, siapakah manusia yang paling berhak aku layani dengan baik?” Beliau bersabda: “Ibumu.” Orang itu bertanya lagi: “Kemudian siapa?” Beliau menjawab: “Ibumu.” Orang itu bertanya lagi: “Kemudian siapa?” Beliau menjawab: “Ibumu.” Lalu orang itu bertanya lagi : “Kemudian siapa?” Beliau berkata : “Ayahmu.” - Abu Hurairah ra...

Ahad, 7 Mac 2010

Pengalaman menjadi DJ

Assalamualaikum....
Salam 1Malaysia...
Pada 5hb 3 2010,aku telah diberi peluang bersama seorang rakan ku,Allan nama diberi untuk bersama-sama aku menjadi deejay bagi slot Suara Kampus di Terengganu fm...
Sememangnya ini adalah satu pengalaman yang cukup bermakna buat diri ni...
semoga after this aku akan dapat peluang sebegini lagi..aminnn
Atas pertolongan sahabat dan abg Zahin ku yang cukup rajin menghantar aku ke Radio RtM Terengganu, kami tiba 1jam awal dari masa on-air kami iaitu pada jam 10 hingga 11 mlm,..
Pengalaman pertama masuk ke konti mmg tidak dapat digambarkan..cuak,,takut...nervous...semua ada,,,bercampur baur...tapi alhamdullilah,selama 1jam aku on-air bersama Allan dan DJ Rita( mmg DJ sebenar) akhirnya semua berjalan secara lancar, cuma sayangnya di akhir part,aku tidak sempat mengakhiri slot kami dgn sempurna berikutan tidak cukup masa dan agak kelam-kabut aku jadinya.Terutama apabila seorang sahabatku tidak dapat menghabiskan perbualan kami dengan sempurna.Mohon kemaafan buat insan tersebut...mmg kekilafan ini tidak dapat dielakkan terutama diri ini juga masih belajar...
Sebenarnya,aku tahu aku dtg ke sana bukan atas tujuan peribadi atau hanya unutk diri sahaja,tetapi adalah satu tanggungjawab membawa nama universiti yang kucintai (UMT)...
Namun,secara overallnya,Alhamdullilah,1jam itu dirasakan cukup pendek dan tidak cukup untuk ku kongsikan bersama...Tapi tak pe..Ku harap selepas ini aku dapat dapat diberi peluang sebegini lagi...amin.....
Ucapan terima kasih juga bagi insan-insan yang sudi memberi semangat dan dorongan yer...^_^
Hidup tidak boleh berpandukan perasaan hati yg kadangkala boleh menjahanamkan diri sendiri. Perkara utama harus kita fikirkan ialah menerima sesuatu atau membuat sesuatu dgn baik berlandaskan kenyataan

Khamis, 25 Februari 2010

Aku & Tanggungjawab..

Assalamualaikum dan salam satu Malaysia.

Semalam daku menghadapi AGM untuk Kelab Gemersik kesayangan ku. Aku tidak mampu tuk berfikir apabila aku tiba-tiba diberi tanggungjawab yang besar.Bukan satu tanggungjawab yg kcil bagi diri aku. Aku sedang mencuba…..

Hari ini,aku sedar,aku telah serta merta memegang tanggungjawab ini,maka aku harus laksanakan sebaik mungkin. Cuma aku juga perlu kerjasama dari semua…

Aku sememangnya gila-gila orgnya..Cuma bila ada masa aku serius,makanya serius la aku..Namun,sejauhmanakah ada orang yang mampu tuk menerimanya…? Kadang-kadang aku sedar, aku sangat berkompromi dgn kawan2 ku…tapi bila tiba satu masa,aku mohon mereka akan faham kenapa wujud keseriusan ku itu…Jadi kepada mereka,ku harapkan…cuba-cuba lah memahami keadaan aku ini…waa…(sdey lak..)

Dalam masa yg sama, bukan minta tuk dimanja atau di bagi muka pada diriku ini, tapi ku mohon agar insan2 yg ku gelar senior agar dapat beri panduan dan tunjuk ajar kepada diriku yang serba kekurangan ini.Janganlah ada rasa marah2, panas hati atau perli-perlian yg boleh menjatuhkan semangat sebaliknya ku mohon jika diri ini ada kekilafan, berilah teguran membina dan penuh hikmah supaya tiada jiwa yang terluka.Hal ini juga ku ingatkan pada diriku juga…

Antara pelajaran dan tanggungjwab pada tugas? Hmm…sekiranya aku datang ke UMT tuk berjuang bagi perkara yg bukan akademik,adakah itu yang sepatutnya? Segalanya bergantung pada keazaman diri.Aku tahu,aku manusia biasa yg tidak mampu tuk wat semua benda dalam satu masa, namun aku gembira untuk membantu apa yg diamanahkan…insya-Allah…Pelajaran juga tidak ku abaikan,….

Doa utama penenang jiwa.Kadang-kadang jiwa kacau…penuh masalah..stress dengan test dan quiz…tapi aku kena sabar..sabar eqa..sabar…Kena kuatkan keazaman.....

Kehidupan kita di dunia ini tidak menjanjikan satu jaminan yang berkekalan. Apa yang ada hanyalah percubaan, cabaran dan pelbagai peluang. Jaminan yang kekal abadi hanya dapat ditemui apabila kita kembali semula kepada Ilahi."

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Celoteh Sayang..