Luangkan sedikit masa bersama....

Luangkan sedikit masa bersama....

Ahad, 26 Disember 2010

Yessszaa!!! Malaysia menang lawan Indon..Hot hal LAZER?

Wah...baru pas tengok bola..Malaysia lawan Indonesia sat tadi..Dah agak dah boleh menang..Alhamdullilah..
Tetiba stadium di hangitkan dengan LAZER??

A'ah...agak kurang ajar lah bagi insan-insan yang tak bertanggungjawab yang cuba menggunakan lazer,mengganggu biji mata permain indonesia terutama gol keeper..

Isu lazer memang perkara yang bukanlah baru sangat..Ronaldo(link kat sini) sendiri pun pernah berhadapan masalah ni...terutama masa tendang bola untuk tendangan PERCUMA...Tapi dia tak keluar padang pun..haha..

Actually, masa match yang pertama dulu time Malaysia lawan Indonesia dulu pun...ada jugak penyokong Indon suluh laser kat mata penjaga gol...tak percaya? tengok ni...

Nampak tak? Yang hijau tu? antara cobaan gangguan yang dilakukan oleh orang Indon...
Ni yang tak bergerak..kalau nak tengok time bergerak pun ok jep....
saya kasi video sekali...
(sebelum tu stopkan la lagu saya yang memekak kat bawah tu yer.hehe.)


PERHATIAN: Tumpu time 4.05....and PAUSE...leh nampak jelas..

Masa kat Malaysia pulak, si Marcus tu pulak kena balik..(timbal balik).Tapi Malaysia ni negara prihatin jugak,,,siap berhentikan permainan lagi...masa yang digunakan untuk menyetelkan hal tu agak lama gak la...Sampai Sultan pun siap turun sekali...aiseymann..lazer oo lazer..nape korang tak leh duk diam2 jangan main lazer yer lagi pasni...buat malu aku je laa...

tapi kan...ada orang Indonesia marah-marah sebab berikutan kekalahan Indonesia ni...

Indon marah : Alarr..jangan sih kamu mau heppy2 kerna Malaysia bukan menang bermaruah..Kok bisa laser-laser mata dong...?

 Sebenarnya masa kat padang...


Keeper indon: Iya pak...Ngak nampak bola dong..aduhh.aduh,,,Pengadil ensem o pengadil ensem, bole berhenti kejap ngak?Mata gue suda silau..sakit bangat sihh.., orang Malaysia suluh laser.....Waa...sudahlah tepat pada retina mata gue...Buta mata gue nanti....




Pengadil jawap : Pakai spek mata hitam la wehh....tak pun pakai lens kalis peluru ke...kalis laser ke....OK? So rehat kejap dalam 6 minit..pegi carik lens yer nak...( cakap dalam bahasa Jepun, al-maklumla dia org Jepun)



Kemudian,beberapa minit kemudian:  Yahhoooo....tetiba menang...Yezza...sapa yang gol kan? 2 gol dari Safee dan sorang lagi orang terengganu..( dia baru lagi tapi dah jadi pemain gantian...) taniah ek korang...
tahniah jugak wat semua-ssemuuuuua la...termasuk lah pada jurulatih yer...


Dan pasukan INDON: kosong? Wah...hmm..thanks jugak pada Fahmi (gol keeper)
Yup..muka cam cina..tapi leh kategori ensem laa...dalam hati kate, aik...time training, tak gelap pulak mamat ni ek...huhu...


haha...tak boleh masuk..tak boleh masuk..yeyeh...tangan aku ada gam uhu...^_^

huhu..ensemkan..? nama dia Khairul Fahmi Che Mat (Apex) Umur 21thn..Ore Kelate..Hok tino pakat duk gilo ko apex...hehe
Actually Apex ada page sendiri kat Fb..ni page dia..(klik)..
So sapa nak join boleh join yer...=)


K.Rajagopal...: Lega hati aku...haha..nasib baik..ada harapan dapat gelaran Datuk llepas ni...hehe...(GURAU2 JE...tahniah  yer..!!)


Rakyat Malaysia: Sebenarnya sedikit sebanyak kemenangan ini buat kami makin percaya kemampuan pasukan bola negara kita...So teruskan menyokong Malaysia yer kawan-kawan..Walau apa jua berlaku, we united!!!!


PASTIKAN JUARA!!! hehe..berjuang di Jakarta pulak..huhu,,
Semoga berjaya skuad Malaysia!!!!


Cerita pasal skuad Malaysia selesai...

Sekarang pulak masuk hal lain..

Saya tengok Man Utd pulak lawan Sunderland......2-0 pulak...hebat lagi Malaysia (bisik dalam hati) huhu....^_^ Pepun..Man Utd foreverzz oK? hehehe...

Berbatov : Yess..nasib baik aku dapat masukkan 2 gol...Nak ambil hati Alex...huhu..Yey!!!

Ok...nanti update lagi..dua-dua kemenangan ini meng'hepikan malam ku......

Dikala Allah Menciptakan Kau..... Untukku...

Dikala Allah Menciptakan Kau Untukku..




Dengan nama-MU Ya Allah...

Kuluah segalanya padamu..
Aku lahir dan membesar dari keluarga biasa-biasa..
Mak abah yg begitu sempurna..
Walaupun adakala badai melanda..
Ya...aku makin menempah kedewasaan
Ya..dibesarkan dengan kesusahan..
Tidak kunafikan...
Namun..itulah yang mengajarku erti kehidupan..



Maka, padamu ku katakan..
Saat Allah melahirkanmu untuk hidupku,
Maka saat itu Dia berharap,
kau pun sanggup melimpahkan cinta padaku..
Memperlakukanku dgn kasih sayang yang begitu indah..
Bukan herdikan,
bukan kata-kata nista,
apatah lagi pukulan-pukulan durjana..
Aku mahu dilindungi..dikasihi dan dihargai..



Wahai insan yang tercipta untukku...
Ketahuilah, aku hanya wanita biasa dengan begitu banyak kekurangan dalam diriku,
Aku bukanlah wanita sempurna, seperti yang mungkin kau harapkan..
Maka, ketika Dia memilihmu untukku,
Maka saat itu, Dia ingin menyempurnakan kekuranganku dengan kelebihanmu..
Aku sedar dikau bukanlah juga jejaka sempurna..
Aku sedar ketidaksempurnaanku mampu menyempurnakan dirimu..
Kerana kelak kita akan bersatu..
Aibmu adalah aibku, dan indahmu adalah indahku,
Kau dan aku akan menjadi SATU..


Wahai insan yang tercipta untukku...
Ketahuilah, sejak kecil Allah telah menempa diriku dgn ilmu dan tarbiyah,
Membentukku menjadi wanita yang mencintai Illahi
Maka dikala Dia menciptakanmu untukku,
Maka saat itu, Allah mengetahui bahawa kau telah menempa dirimu dengan ilmuNya..
Maka kibarkan panji-panji al-din dan dalam hidup kita..
Itulah visi dan misi pertemuan kita..
Ibadah pada-Nya bukan hanya bicara..
tapi harga berganti cara.


Benar...Allah ciptakanmu sebagai nahkodaku..
Sedarlah,ingatlah wahai insan yang diciptakan untukku..
Aku adalah mahluk-Nya dari tulang rusuk yang paling bengkuk..
Adakalanya aku membuat amarahmu membara ..
Adakalanya aku membuat hatimu terluka...
Adakalanya aku membuat onar menyakitkan jiwa...
Maka, ketahuilah..


Saat itu Dia menghendaki kau menasihatiku dengan hikmah,
Ya..hatiku tetaplah wanita..
Lemah pada kelembutan..Luruh pada rayuan..
Apatah lagi dikala kedengaran sayup suaramu yang berhikmah..
Namun jangan kau cuba meluruskanku, kerana aku akan patah..
Tapi jangan pula membiarkanku begitu saja, kerana selamanya aku salah..
Namun tatap mataku, tersenyumlah..
Tenangkan aku dalam genggamanmu...
Nasihati aku penuh hikmah bijaksana..
Penghujungnya, aku tersungkur menangis di pangkuanmu..
Maka ketika itu, kau kembali memiliki hatiku..


Padamu yang Allah tetapkan sebagai atap lembayungku..
Ketahuilah, ketika ijab atas namaku telah kau lontarkan..
Maka dimataku kau adalah yang terindah,
Kalimah-kalimahmu adalah titah untukku,
Selama kau tak bermaksiat pada Allah, akan ku penuhi semua perintahmu..
Maka kalau kau berkenan ku meminta..
Jadilah lembayung yang indah, yang tegap berdiri...
Yang mampu membuatku dan anak-anak kita nyaman dan aman di dalamnya..


Wahai insan yang tercipta untukku...
Dalam kecintaan ini, kita akan hadir buah hati-buah hati kita..
Maka didiklah mereka menjadi generasi yg dirindukan syurga..
Yang di jiwanya akan diisi dgn amanah-amanah dakwah,
Yang roh dan sanubarinya selalu merindukan jihad pada Illahi..
Yang darahnya mengalir darah syuhada..
Dan ku yakin dari tangan kasih sayangmu,
kau mampu membentuk mereka..
Dengan hatimu yg penuh cinta,
kau mampu menceriakan hati mereka..
Dan aku akan selalu jatuh cinta padamu..


Insan yang Allah cipta sebagai imamku…
AKu memohon padamu.. Redhalah padaku,
Sungguh Redhamu adalah Redha Ilahi..
Mudahkanlah jalanku ke destinasi syurga firdausi..
Kerana bagiku dirimu adalah kunci syurgaku...




Dengan penuh cinta,
Zulaiqha Zulkilli

CInta...cinta..oohh..CINTA...

Cinta itu wujud..
Pada hati-hati yang suci..
Pada jiwa-jiwa yang ingin cuba mengenaliNya..
Pada hamba yang semakin insaf akan kekhilafannya..

Cinta itu ada..
Pada Allah yang mencipta kita..
Indah pada pandangan mata..
Berbeza paras dan rupa, itu bukan ukuranNya..

Cinta itu adil..
Pada saat umat jahil..
Rasulullah menjadi pilihanNya..
Membawa umat kembali mencintaiNya..

Cinta itu pasti ada..
Pada seraut wajah redup ibu bapa..
Penat lelahnya membesarkan kita..
Ikhlas hatinya, entah dapat dibalas atau sebaliknya..

Cinta itu hadir..
Pada seorang saudara yang menasihati saudaranya yang lain..
Keduanya saling menasihati ke arah kebenaran dan kesabaran..
Supaya ukhuwah menuju Syurgawi tidak dilupakan..

Cinta itu pasti muncul..
Dalam hati seorang sahabat sejati..
Mencari dan mengajak sahabat lain ke jalan Ilahi..
Agar diri dan sahabat tidak terhumban ke dalam gaung Neraka yang dahsyat tak terperi..

Cinta itu satu anugerah..
Bila hati bertemu hati..
Saat lafaz ijabkabul selesai terurai..
Keikhlasan si suami isteri memikat redhaNya..

Cinta itu memang indah..
Bila berlandaskan al-quran dan as-sunnah..
Bila tujuannya kerana Allah..
Bila matlamatnya Syurga yang barakah..

Cinta itu pasti ada!!
Pasti kau akan temuinya..
Dengan membersihkan dirimu daripada segala noda dan dosa..
Kelak, cinta abadi dan hakiki akan mula bertakhta dalam jiwa seorang hamba.. 


Cinta Ilahi itu yang dicari..
Bertambah mekar dengan zikrullah padaNya..
Jangan sesekali kita melupakanNya..

Ya...cinta pada keluarga ku..=)




sayang juga pada kawan-kawanku,,cinta jugak tu kan? huhu..


TAPI ...


Kita kena ingat....cinta abadi adalah CINTA pada ALLAH...
jangan lupa tu sahabat-sahabat ku...^_^

“Dikahwini wanita itu (untuk dijadikan isteri) kerana empat perkara iaitu harta kekayaannya,
keturunannya, kecantikannya dan agamanya. Maka utamakanlah (dalam
pemilihanmu itu) wanita yang kuat beragama, nescaya sejahtera hidupmu”
(Riwayat Bukhari dan Muslim).

P/s..terima kasih pada nadia dan arie yer...


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Celoteh Sayang..