Dikala Allah Menciptakan Kau Untukku..
Kuluah segalanya padamu..
Aku lahir dan membesar dari keluarga biasa-biasa..
Mak abah yg begitu sempurna..
Walaupun adakala badai melanda..
Ya...aku makin menempah kedewasaan
Ya..dibesarkan dengan kesusahan..
Tidak kunafikan...
Namun..itulah yang mengajarku erti kehidupan..
Maka, padamu ku katakan..
Saat Allah melahirkanmu untuk hidupku,
Maka saat itu Dia berharap,
kau pun sanggup melimpahkan cinta padaku..
Memperlakukanku dgn kasih sayang yang begitu indah..
Bukan herdikan,
bukan kata-kata nista,
apatah lagi pukulan-pukulan durjana..
Aku mahu dilindungi..dikasihi dan dihargai..
Wahai insan yang tercipta untukku...
Ketahuilah, aku hanya wanita biasa dengan begitu banyak kekurangan dalam diriku,
Aku bukanlah wanita sempurna, seperti yang mungkin kau harapkan..
Maka, ketika Dia memilihmu untukku,
Maka saat itu, Dia ingin menyempurnakan kekuranganku dengan kelebihanmu..
Aku sedar dikau bukanlah juga jejaka sempurna..
Aku sedar ketidaksempurnaanku mampu menyempurnakan dirimu..
Kerana kelak kita akan bersatu..
Aibmu adalah aibku, dan indahmu adalah indahku,
Kau dan aku akan menjadi SATU..
Wahai insan yang tercipta untukku...
Ketahuilah, sejak kecil Allah telah menempa diriku dgn ilmu dan tarbiyah,
Membentukku menjadi wanita yang mencintai Illahi
Maka dikala Dia menciptakanmu untukku,
Maka saat itu, Allah mengetahui bahawa kau telah menempa dirimu dengan ilmuNya..
Maka kibarkan panji-panji al-din dan dalam hidup kita..
Itulah visi dan misi pertemuan kita..
Ibadah pada-Nya bukan hanya bicara..
tapi harga berganti cara.
Benar...Allah ciptakanmu sebagai nahkodaku..
Sedarlah,ingatlah wahai insan yang diciptakan untukku..
Aku adalah mahluk-Nya dari tulang rusuk yang paling bengkuk..
Adakalanya aku membuat amarahmu membara ..
Adakalanya aku membuat hatimu terluka...
Adakalanya aku membuat onar menyakitkan jiwa...
Maka, ketahuilah..
Saat itu Dia menghendaki kau menasihatiku dengan hikmah,
Ya..hatiku tetaplah wanita..
Lemah pada kelembutan..Luruh pada rayuan..
Apatah lagi dikala kedengaran sayup suaramu yang berhikmah..
Namun jangan kau cuba meluruskanku, kerana aku akan patah..
Tapi jangan pula membiarkanku begitu saja, kerana selamanya aku salah..
Namun tatap mataku, tersenyumlah..
Tenangkan aku dalam genggamanmu...
Nasihati aku penuh hikmah bijaksana..
Penghujungnya, aku tersungkur menangis di pangkuanmu..
Maka ketika itu, kau kembali memiliki hatiku..
Padamu yang Allah tetapkan sebagai atap lembayungku..
Ketahuilah, ketika ijab atas namaku telah kau lontarkan..
Maka dimataku kau adalah yang terindah,
Kalimah-kalimahmu adalah titah untukku,
Selama kau tak bermaksiat pada Allah, akan ku penuhi semua perintahmu..
Maka kalau kau berkenan ku meminta..
Jadilah lembayung yang indah, yang tegap berdiri...
Yang mampu membuatku dan anak-anak kita nyaman dan aman di dalamnya..
Wahai insan yang tercipta untukku...
Dalam kecintaan ini, kita akan hadir buah hati-buah hati kita..
Maka didiklah mereka menjadi generasi yg dirindukan syurga..
Yang di jiwanya akan diisi dgn amanah-amanah dakwah,
Yang roh dan sanubarinya selalu merindukan jihad pada Illahi..
Yang darahnya mengalir darah syuhada..
Dan ku yakin dari tangan kasih sayangmu,
kau mampu membentuk mereka..
Dengan hatimu yg penuh cinta,
kau mampu menceriakan hati mereka..
Dan aku akan selalu jatuh cinta padamu..
Insan yang Allah cipta sebagai imamku…
AKu memohon padamu.. Redhalah padaku,
Sungguh Redhamu adalah Redha Ilahi..
Mudahkanlah jalanku ke destinasi syurga firdausi..
Kerana bagiku dirimu adalah kunci syurgaku...
Dengan penuh cinta,
Zulaiqha Zulkilli
0 Komen-komen:
Catat Ulasan