Luangkan sedikit masa bersama....

Luangkan sedikit masa bersama....
Memaparkan catatan dengan label Manusia. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Manusia. Papar semua catatan

Jumaat, 19 Ogos 2011

Video Youtube yang buat aku MELALAK sorang-sorang!

Aku di tag oleh seorang sahabat dalam FACEBOOK..
Macam biasalah part-part kena tag ini normal kat facebook..

Tapi kali ni lain....aku ditag di video ini...

SANGATTT MENYENTUH PERASAAN, KALBU, PARU-PARU dan seangkatan dengannnyaa...



Video ini ditujukan kpd yg masih ada naluri & perasaan. Yg ada nilai kasih & sayang.Ye,ada jiwa yg perlu kita hargai waktu ini saat ini..Yg kadang2 kita lupa, kadang2 kita BUTAKAN JIWA,MATA & HATI kita.

Ingatlah..seburuk mana pun ayah kita,seteruk mana pun ayah kita, sedarlah dia TETAP AYAH kita yg SAYANGKAN kita..sedarlah sebelum terlambat.

Sangat sedih... Sangat meyedarkan..


Isnin, 8 Ogos 2011

Kesilapan datang dari manusia, Kemaafan datang dari ?


Assalamualaikum!!
(tak jawap dosa…kalau jawap sayang…: ayat maria elena=)

Wassup yo! (mak aihh.. jadi too phat sekejap)

Jangan layan sangat minah perasan kat atas ni tau..Dia suke perasan...tu jer. [sekadar iklan pembuka tirai]


Yes….Berjumpa untuk entri yang seterusnya ini. Saya masih tak boleh tidur walaupun jam dah 6.00 pagi. 

Tunggu subuh agaknya mata ni…aiya.. susah ini macam wo. Talak sihat ini macam. (cina mualap mana ntah menyampuk)

Esok janji nak betulkan semula waktu jam. Dan lakukan aktiviti-aktiviti yang lebih bermanfaat (ceh,,macam baik jerk an..)

Hmm.. cerita pasal apa yer? Ok.nak cerita tentang cinta la pulak. Boleh? Korang kan suka hok cinto-cinto ni kan. Orang kata, baru jiwang romantic guling-guling sikit. Baru macam ‘kuch-kuch ho tak hey’..( ker kuch-kuch otak hang ? ). Tidak-tidak bukan cinta yang ingin saya ceritakan..
Gambar masa saya muda-muda dulu..yang sebelah kiri korang tu la saya dulu. 
sekarang dah insaf..



Ok…first-first cerita pasal sahur. Sahur makan sarding jer..sarding? 
Sardin lar.. cakap gaya ganu sikit..hehe..Sedap jer. Then, kemas rumah macam nak pindah. Sungguh ni. Saya mengemas bagai nak rak. Tak pasti mengemas atau melupuskan barang semata-mata, tetapi apa yang penting, segala barang telah tersusun rapi ala-ala macam rumah olang kayer..(ceh,,,tipu sangat di situ).



Lepas kemas, rehat-rehat. Tengok cerita melayu..Apa? Tak boleh tengok cerita melayu ke? (Ada suara: apa kelas cerita melayu…tak mainlah..)

Aisy..tak kisahlah nak kata apa, saya orang Melayu, tak salah nak tengok pun. Bukan tengok porn movie ke…19sx ke…x kisahlah kan.. 

Cerita tentang pelacur yang dah bertaubat tapi orang kampungnya punyalah anti pada dia sampai bertakbir ‘Allahu Akhbar’ masa perempuan ni nak masuk masjid sebagai tanda tunjuk protes tak bagi bekas pelacur yang nazak  tu masuk masjid, katanya JIJIK dan kotor bagi PENZINA masuk masjid. OMG

What? She already knows her sin lar weh.. Dia dah berubah dan dah bertaubat ok.. (emo pulak AKU)
Ini sekadar gambar hiasan sebab gara-gara pelacur tu miskin jugak la..

Last ending, rumah perempuan tu dibakar, tapi jasad atau abu atau apa-apa jejak yang menunjukkan perempuan tu hangus@mati tak ditemui langsung.(nak jadikan cerita kot). Kira kes hilang macam tu jer. Magic pulak di situ kan..hehe..



Dalam kes ni, bukan nak cerita saya suka pelacur ke atau saya suka rumah dia kena bakar ker, tapi tentang kemaafan. 
bukan Forgive cannot FORGET.....




Hehe..sebab saya pun nak cerita tentang saya seorang pendendam juga macam orang kampong itu agaknya. 


Pernah satu ketika saya rasa sakit hati,saya boleh ketap gigi sampai 1 jam(mungkin lebih) bukan kerana sakit gigi atau kancing gigi tetapi kerana gara-gara marah dan geram  gila pada orang yang menyakitkan hati saya. Dahsyat tak?




Lepas tu...


Saya siap menulis rasa ‘suka hati’ saya pada blog dan muka buku saya gara-gara rasa ‘suka hati’ saya pada hamba-Allah ini dan pastinya ketika itu mengharapkan tuan badan yang dituju itu baca dan rasa sakit hati serta dapat melihat sendiri ekspresi marah saya itu.Haha..hebatkan saya?


Haha..lebih kuran macam nilah luahannya.. hebat tak?



Lepas tu...



Saya juga rasa diri saya macam pada pihak yang benar lalu melaporkan pada kawan yang paling hampir 
kedudukannya dengan saya kerana merasakan saya perlu orang untuk meluahkan supaya tak jadi gila dan yang penting ada orang yang sokong saya dan membuatkan jiwa perasaan saya ‘selesa’ sebentar waktu itu. Itu pada pikiran saya.
Yang sebelah kiri cakap "Kau tau tak si Bedah tu bla..bla..bla...(censored sikit) " 
Yang sorang lagi jawap..'Oh ye ke? lar..baru aku tau..."


Lepas itu....



Saya juga siap pandang dinding dan buat muka tak puas hati dengan mengharapkan dinding itu merekah dan mampu untuk meng’ekspresi’kan diri manusia yang saya marah itu supaya saya dapat tumbuk dia waktu itu juga.
(kebetulan ada blog sorang mamat ni guna header ni..Gua rembat la)Kredit for him...


Lepas tu..(asyik lepas tu jer..) tukar...And then...


Saya juga berharap orang yang buat saya marah itu segeralah melutut pada saya sambil menangis-nangis mengharapkan ihsan dan belas kasihan saya sampai saya berpuas hati kerana saya mahu sentiasa berpijak pada kebenaran. Oh yes, saya rasa saya sentiasa benar ketika itu.

Mak aih... kucing tu pulak landing lebih-lebih apa cite...aiya..(ini sekadar gambar hiasan)



Saya pernah berharap orang yang saya marah itu kena ‘Problem’ itu dan ‘bencana’ ini.Sememangnya saya sangat kejam ketika saya marah. Dan saya mampu bertahan rasa marah saya itu selama 3 hari sekiranya bernasib baik mungkin kurang dari 3 jam.
Amik kau...berat tak MASALAH  tu.Dah, gi bawak jalan-jalan.hahahaha..(gelak kejam dan jahat)


After that....


Saya akan rasa macam tak tentu arah, nak menangis pun ada, nak mengamuk pun ada, nak menjerit pun ada, nak mengeluh pun ada.. kira macam iklan kat Astro Ria tu. ‘macam-macam ada’.. Bila orang kata ‘Sabar..sabar..kuatkan semangat’. Lalu, saya pun dengan ayunya cakaplah ‘ahhh..biarlah.. hati ku ini terluka.kau apa tau…’

panjangnya bulu mata aku....





 Ahh..perlu ke aku maafkan?









Patung tu pun tak suke minah yang eskyen tuhh..Aik?


Lalu saya terpandang dan terbaca satu  artikel ini (sumber) 


Salah satu sifat mulia yang dianjurkan dalam Al Qur’an adalah sikap memaafkan:

Jadilah pemaaf dan suruhlah orang mengerjakan yang makruf, serta jangan pedulikan orang-orang yang bodoh. (QS. Al Qur’an, 7:199)

Saya terkaku dan terleku terkelu lalu bermuhasabah diri.



Ya,sebenarnya saya sedar, bahawa manusia cenderung untuk ekspresikan rasa marah mereka kepada orang yang menyakitkan hati itu.



Dalam ayat lain Allah berfirman: "...dan hendaklah mereka memaafkan dan berlapang dada. Apakah kamu tidak suka bahawa Allah mengampunimu? Dan Allah Maha Pengampun, Maha Penyayang." (QS. An Nuur, 24:22)




Mereka yang TIDAK mengikuti ajaran mulia Al Qur'an akan merasa sulit memaafkan orang lain. SEBAB, mereka MUDAH MARAH terhadap kesalahan apa pun yang diperbuat. Padahal, Allah telah menganjurkan orang beriman bahawa memaafkan adalah lebih baik:


... dan jika kamu maafkan dan kamu santuni serta ampuni (mereka), maka sungguh, Allah Maha Pengampun, Maha Penyayang. (QS. At Taghaabun, 64:14)




Juga dinyatakan dalam Al Qur'an bahawa pemaaf adalah sifat mulia yang terpuji.




 "Tetapi barang siapa bersabar dan memaafkan, sungguh yang demikian itu termasuk perbuatan yang mulia." (Qur'an 42:43) Berlandaskan hal tersebut, kaum beriman adalah orang-orang yang bersifat memaafkan, pengasih dan berlapang dada, sebagaimana dinyatakan dalam Al Qur'an, "...menahan amarahnya dan memaafkan (kesalahan) orang lain." (QS. Ali ‘Imraan, 3:134) 


Selepas ini mungkin kita lebih beringat, bila kita marah ke, bila orang try-try sakitkan hati kita ke, paling tak ingat cite P.Ramlee. ‘Kalau marah kena jual’ .hehe… siapa yang rugi? Orang yang marah tulah yang rugi...

Tiada alas yang boleh jadi pengalis AMARAH atau tiada ALASAN yang mampu mengganti BENCI lagi. 

Namun ,


Demi keredhaan Allah.


Demi kesihatan kita (supaya tak sakit jantung atau darah tinggi),
Ini namanya Dr. Frederic Luskin yang bagitahu saya (ye ye jer) bahawa sifat pemaaf sebagai resepi yang telah terbukti BAGUS untuk KESIHATAN dalam buku beliau Forgive for Good


Demi kesejahteraan sejagat,


Demi keharmonian negara,maka pergilah mengundi. huh?
Opss..haha.silap pulak…pergilah memaafkan sama ada orang yang buat silap tu mintak maaf ataupun tak mintak maaf sekalipun, cakap kat diri ni ‘no hal punya lah’..kira macam masuk campur tolak bahagi setel lah semua. Tak perlu masuk buku kaki 5 ke atau buku tiga lima sekalipun OK?


Ingat dalam diri..Kita semua kena sedar manusia diuji di dunia ini,so kita confirm-confirm buat salah dan belajar dari kesalahan, so need to berlapang dada dan rasa loving sikit pada orang sekeliling kita. No need to DENDAM-DENDAM lagi OK?


Saya pun bukan pemarah sangat seperti yang saya laporkan sebentar tadi tapi saya pun tak lepas dari buat salah dan silap juga dan rasa MARAH..hehe..saje nak cover line semulalah tu..

Tapi serius, tak nampak hebatnya kalau ketap bibir ke gigi kerana marah, tak nampak hebatnya tulis dalam FB mengamuk dan memerli-merli, tak hebatnya kalau cakap a.k.a mengumpat kat belakang kerana rasa tak puas hati, tak hebatnya sekiranya biarkan hati bergelumang rasa dendam dan doakan yang tak baik pada orang. Jadi yang situasi atas tadi tu jangan kita ikutkan ok. Biarlah orang kata kita tak menegakkan kebenaran sekalipun, tapi bertoleransi adalah jalan terbaik.

Ok ada 9 STEP untuk hilangkan kemaafan.. Dari SINI 

1. Bla..bla..bla..
2. ok..ok…
3……..
4. Dan….
5. uitttt….
6.then…….
7. ohhhh…
8.ermmm..
9. try sendiri la tengok semua step ni k..…hehe…

Yang ke-10 ni saya tambah sendiri sebab saya rasa lagi penting > 
Kesilapan datang dari MANUSIA, Kemaafan datang dari KEMANUSIAAN….
Comel kan si kecil ni? baby ni pesan lagi 'Kesilapan datang dari MANUSIA, Kemaafan datang dari KEMANUSIAAN…."

Bersama ini saya sediakan lagu yang suka sangat makna liriknya..


Tanya sama pokok apa sebab goyang..Nanti jawap pokok? Ada orang sayang...haha...

Apa-apa pun...
 Terima kasih kerana sudi membaca..=)

Sabtu, 6 Ogos 2011

Alahai Bulan Puasa? Apa KITA dan DIA buat?

Assalamualaikum!!

Ok.. waktu saya menulis ni, waktu orang dah tido kroh..kroh dah..Tapi rasa nak juga menaip.
Dah gatal sangat dah tangan ni.So turutkan sahajalah.

Hari ini nak cerita.

Apa yang kita, anda dan saya buat masa puasa?

Tentulah masa puasa kita

Hah..Jangan tiru aksi minah diatas ni yer....
Masa puasa, kita puasa k...Makan..
Eh..jangan makan..
Sila berpuasa ok..

Masa puasa..buat cara puasa..Bila kita tahu kita puasa. Masa itulah kita cuba sedaya-upaya ni nak jadi TERBAIK...ke jadi TERBALIK? Aisy...Jom kita tengok..




Masa inilah ramai yang janji pada diri nak hilangkan ayat mencarut dalam makanan  percakapan
Jangan nak cakap bukan-bukan OK??!!!








Masa inilah ramai janji SOLAT sunat ke tak sunat nak cukup waktu...

Fuh.macam-macam ayat keluar rupanya...di kepala..







Masa inilah ramai janji nak jaga pakaian, yang lelaki perempuan nak pakai 

Alalala..manissnya...Ayu nih..haha..


Lelaki pulak nak pakai.....





Perghh....Justin david archuleta pun pakai baju melayu siott..





dan Masa ini kita..eh..mungkin bukan kita jer.. tetapi saya sendiri...

Jalan-jalan beli barang...






Beli Rojak......






Beli cucur udang...yummmy....








Beli karipap..atau buat karipap.....








Beli lepat pisang






Beli kueh kesukaan abah...







Beli ? eh..bukan..masak meehun..YUmmmy again...







Dan inilah juadah..perghhh..banyak kot.....hehe..





Biasalah..nama pun bulan puasa..

Dah jadi perkara biasa kot...
Terutama kat Malaysia...



Betul tak? Angguk jerla please....




TETAPI...
TETAPI........TETAPI.......



DI TEMPAT LAIN ketika RAMADHAN??



Kita pernah pandang?
Kita pernah pandang tak?





Ada yang sedang menangis keperitan..
Tangisan kesyahduan... 
Inilah keadaan di Somalia ketika Ramadhan.Gambar sejak semalam.
Gambar dari sumber






Ada anak-anak kecil yang tidak ada makan dan minum... Gambar si kecil ini diambil pada hari pertama Ramadhan...
Sumber 







Anak-anak somalia yang rasa kesakitan dan keperitan





Nasib si ibu...


Mereka tiada masa untuk membuat persiapan juadah berbuka.



Apa yang mereka makan adalah NIKMAT berbuka yang amat mereka syukuri yang kita tidak pernah 
gunakan kerana kita tidak SEDAR apa nikmat menahan lapar selama 16 jam yang kita ada..



Mereka tidak mampu untuk membayar zakat, sedangkan kita cuba untuk TIDAK membayar zakat..



JIKA di PALESTIN....


Nama si gadis berusia 14 tahun ni namanya Dalal Abu Aisha, membawa satu kenangan kehilangan kedua ibubapanya dan adik-beradiknya semasa Operasi Cast Lead. Bagi insan di Palestin...bulan Ramadhan adalah ingatan tentang azab dan kesukaran mereka. Sumber

There are no more happy days for them...





BUT






Mereka tetap bersujud mengharapkan keredhaan Allah...


Mereka tetap bersujud mengharapkan 
rahmat Allah...

Mereka tetap bersujud mendambakan ketakwaan kepada Allah...




DAN KITA??


Mari kita syukuri NIKMAT yang ada..




Mari kita hargai NIKMAT berpuasa..




Mari kita syukuri NIKMAT berkeluarga....




Mari kita syukuri Ramadhan yang sedia ada..





Mari kita jalani ibadah sebaiknya bukan hanya di bulan PUASA tetapi selamanya....



Kerana kita hidup sementara...




Dan saya akhiri coretan nukilan saya dengan video ini....
SAMA-SAMA KITA LIHAT DARI MATA HATI..
BUKAN DENGAN HATI YANG MATI...


We never believe what people see...but maybe we will believe what we see...

Terima kasih kerana sudi membaca..=)

Khamis, 4 Ogos 2011

Blog Oh Blog...Seronok ke jadi Blogger?

Assalamualaikum!!

(Kalau tak jawap dosa, Kalau jawap sayang~~haaa..apa lagi kalau bukan tagline Maria Elena)

Ok..dua tiga hari ini sibuk dengan belog (suka guna Hanis Zalikha punya tagline belognya)
Bukan apa, dah lama tak meng'aktifkan' beloq (aku suka-suka merosakkan bahasa) yang sedia ada ada ini. 

Dialog dengan seorang BLOGGER:

Dia: Aktif ke berbelog ni? tak pernah nampak pun...
Saya: Baru jer,sebelum ni sekadar nak main-main jer, tulis pun macam &*@% jer.. 
Dia: Oh, patutlah i tengok follower u baru 303 orang jer ek.. 
Saya: Err....ek? ooo... ingat tak ada tadi... 
Dia: Tapi awak dah start sejak 2009? 
Saya : Err...hmm..nampaknya begitulah... (tahan perasaan)
Dia: Oh..i see...saya dah dapat earning nufnang banyak glerr. baru 4 minggu start blogging..U?
Saya: Wahh ...really?( sambil buat muka exciteddd)..Tahniah?? 
Saya..errr..... (tahan perasaan lagi)
Dia: Aik..awak kan lagi lama dari saya...Mesti awak punya BANNYAKkkk kan? kan? 
Saya: Ermm..takdalah...saya punya baru RM1.50.... (tak mampu untuk tahan perasaan dah)
Wah...Begitulah lebih kurang my conservation conversation antara saya dan dia.Maybe, i'm just envy with some bloggers yang baru menapak dalam dunia bloqqer, tapi FOLLOWERS mak aiiihh, mengalahkan orang yang dah bertahun-tahun jadi bloggers..Hebat dan MIRACLE kan.Tahniah pada mereka....

Terutama setakat yang saya nampak paling menyerlah dengan followers lebih daripada 3riban dalam masa 6 bulan sahaja (damn envy ueww). Nak tahu siapa? carilah sendiri...=)
(Ada tukang jawap: NameeRoslan) 

Hehe..tapi saya respect dengan Namee atau mana-mana bloggers otai, dorang tak sombong (mungkin ada). Yer, mungkin ada, tapi tak semua.. Betul tak blogger2 otai sekalian?

Ok...dah cerita tentang iri hati saya kepada bloggers hebat-hebat ini. Memang tidak boleh dipertikaikan tentang  tarikan blog mereka terutama Hanis Zalikha, Yuyu Zulaikha, Maria Elena, Fatin Liyana, Irine Nadia Marcello sebab mereka ada idea-idea yang penuh sense of humour dan penuh 'kesegaran' bunga kasturi (nak kata fressh sebenarnya).Malah blog Serius dan blog-blog lawak seperti Ayeem Ayam dan geng-geng bapak ayam yang lain yang menyegarkan jiwa, meringankan minda...

Sesungguhnya dunia blogger ni diwarnai dengan pelbagai rencah dan ragam. Malah tak lepas jugak dengan

POLITIK BLOGGER

Macam mana yer boleh wujud politik blogger ni? Bukan blog Raja Petra ke, blog Chedet ke..Bukan POLITIK negara ni..tapi mempolitikkan blog masing-masing untuk menambahkan ranking lar, populariti lar, dan pelbagai cara juga asalkan earning NUFNANG naik mendadak dan boleh berjoli dengan duit-duit tersebut.


BENARKAH?

Tak perlu saya kata betul atau salah. Realitinya memang ini yang terjadi...

Siapa yang tak nak orang baca blog kita?
Siapa yang tak nak orang komen blog kita?
Siapa yang benci orang puji header kita cantik?
Siapa yang menyampah orang share entri dalam FB ke TWITTER ke?
Siapa yang mengelak earning belog mereka tinggi hingga jadi 10 angka (adeh..ada ek?)

Siapa? Siapa? Tolong jawap sikit.

Ok..saya bukan blogger tegar yang ranking tinggi pun. Tengok followe pun dah jelas- jelas tak ada orang baca apatah lagi nak men'ngomen' dalam blog ni..(bagi yang sudi komen, terima kasih)
Cuma apa yang cakap sekadar dari hati dan juga pandangan. Dapat dilihat ramai berebut-rebut menulis belog yang kadang-kadang cuba :-

Menjatuhkan orang lain?
Memburukkan orang lain?
Mengaibkan orang lain?
Gosip-gosip panas keeebabumm sana-sini?

ADAKAH ITU BLOGGER?

i'M sure blogger2 kat luar sana tak macam tu kan? hehe...Sure punye lah..Maaf yer, bukan nak mengkritik atau memerli mana-mana pihak, cuma mengingatkan diri juga. Sebab based on my own experience too. Sebelum memikirkan tentang 'who am  i?' dan setelah meneliti tiap ruang litup blog anda-anda semua, maka saya nampak rentak blogger-blogger sekarang..Saya tidak mahu kerana segelintir blogger seperti ini mencacat-celakan nama-nama blogger lain.(cacat ke? )

Yer..memanglah orang kata 'Itu blog gua, suka hati gualah'..But kita sama-sama duduk dalam satu rumpun, yang harus menjaga hubungan kita semua.. Tak salah kan?

Saya memilih untuk membicarakan tentang hal kehidupan, tentang masa depan, tentang masa belakang yang nak kedepan, hal kemanusiaan yang di depan, hal semasa di pintu depan, hal student-student hari depan, hal remaja masa depan, hal rumah tangga (opsss..lambat lagi tuuu)..Hal diri saya sendiri dan hal-hal muhasabah diri untuk hari depan.. Haha..banyak "depan"nya kerana saya sedar, saya adalah antara anak masa hadapan..

Yeah..NEW BOOK untuk diri saya.. untuk memberikan WARNA pada dunia blog..pada dunia PENA WACANA(cewahh..pena?) hehe...so..hopefully, penerimaan terhadap blog saya ini lebih terbuka pada semua..Jika saya salah, tegurlah dengan berhikmah, jika saya terleka menaip tanpa memandang kiri dan kanan, kejutkanlah..

Alamak, tak ada gambar pulak kali ni..tapi saya sediakan ini. Maklumlah, dah bulan Ramadhan kan..Selamat berpuasa dan berbuka..=)


"Ku mengharapkan Ramadhan kali ini penuh makna, agar dapat ku lalui dengan sempurna"

Nota jari-jemari: 

Jadikan Keyakinan Sebagai Pegangan Hidup , Dorongan Sebagai Teman Setia , Putus Asa Dijadikan Musuh Durjana , Dan Jadikan   Tekun Dan Usaha Sebagai Tangga Kejayaan .

Jangan mengeluh kerana tiada kasut, sebelum melihat insan tiada kaki....

Assalammualaikum! Mencoret sesuatu..

"Jangan mengeluh kerana tiada kasut, sebelum  melihat insan tiada kaki.....'
(mesti pikir saya cuba menceritakan tentang kasut hilang kan...)

Alala...mesti yang membaca blog ini tertanya-tanya kenapa pulak muncul entri tentang 'KASUT' ini. Adakah nak menunjukkan diri ini ada kasut dan anda tidak? Oh tidak...Surely tidak...

Nope..

Actually, just wondering how to maintain sifat mahmudah dalam diri jer.. Masalahnya sifat mahmudah ke ambil mudah sebenarnya ni? hehe...Whatever. Yang pasti, we need to maintain something in ourself, don't be afraid to accept worst things and don't expect MIRACLE things even we really want MIRACLE always happen in ourlife (damn it never happen....)

nak tunjuk gambar si kecil tu baik kan.tapi kita? (cam tak ada kene mengena pulak)

Saya tak lari dari sifat ambil mudah, terutama bila dah hilang arah atau dalam bahasa mudahnya 'give up'...
Give up berlaku bila putus asa, putus asa wujud bila 'give up'..hehe..pi mai pi mai tang tu jugak..so what?

Saya teringat lagi kawan seperjuangan saya yang juga saya admire (yek..) dari jauh, beliau selalu sebut 'jangan mengeluh kerana tiada kasut, sebelum  melihat insan tiada kaki....' 

ni bukan gambar saya masa kecik yer....ni header blog CORETAN

Yer...kita selalu mengeluh bila kaki kita hilang kasut, hilang selipar, hilang stokin pun bising macam hilang anak sampai terjeri, tapi kenapa kita tak buka kotak fikiran dan hati kita untuk bertanyakan pula pada mereka yang tidak BERKAKI? Bila kita ingat dan sedar, mungkin kita akan lebih bersyukur dengan apa yang kita 
ada. 

Ini bukan dia saje tonggeng-tonggeng lar atau sedang cuba untuk sujud, tetapi masuk olimpik ini tanpa kaki? Yeahh..tanpa kaki...=)



Tetap bersyukur dan berdoa yang terbaik untuk kehidupan....Tapi kita, bila nak berdoa lepas solat seminit pun tak menyempat, terus tarik sejadah.(muhasabah diri sikit...)



Ni pulak curi dari pakcik google..selipar hilang? Ke kaki hilang? 
Hati Hilang lebih bahaya....Maka lebih berhati-hati yer..(aik...merepek pulak)


Tengok, semua mesti dah kenal kot budak ini.Nick Vujicic masa kecil..Dia punye landing pada skatebook  skateboard tu menunjukkan betapa dia HAPPY dengan mensyukuri walaupun hilang nikmat guna kaki dan tangan.
Nak cerita tentang beliau ni memang panjang, skarang...




Sekarang dah besar, 
Dah jadi someone dah pun. 
Dah jadi seorang motivator yang jadi inspirasi pada ribuan manusia..
Walaupun dengan ketiadaan kaki...dan tangan....



tapi....


KITA??


"Jangan mengeluh kerana tiada kasut, sebelum  melihat insan tiada kaki.....'

Isnin, 25 Julai 2011

Biasalah, manusia mudah LUPA lalu BERUBAH..


Kenapa tiba-tiba saya post tentang sesuatu perkara yang agak biasa-biasa ni? Balik-balik cerita tentang manusia. Mana boleh abis kalau cerita tentang manusia sebab perkara ini kadang-kadang boleh buat kita muhasabah diri kita semula.


Tun Mahathir berkata tentang ‘Melayu Mudah LUPA’…tetapi dalam konteks yang ingin saya rungkaikan dalam entri kali ini bukan tentang Melayu ke, Cina ke, India ke, tapi konteks yang lebih luas iaitu tentang manusia.Mungkin ada yang tertanya-tanya (macam ada yang tanya) kenapa tetiba muncul tentang isu LUPA tak LUPA ini… Kerana saya juga biasa jadi orang yang LUPA.

Ini sekadar pandangan peribadi. Bagi yang terasa, jangan rasa hiba atau terharu pula.
Punca manusia lupa ini banyak ‘species’ nya yang mungkin boleh dirungkaikan melalui ayat ‘simple’ tak perlu terlalu power rangers hingga buat orang mengantuk di sorong batu pun boleh tertidur.


MUNGKIN MEREKA RASA BAGUS

Mungkin manusia lupa diri kerana merasakan diri mereka terlalu bagus. Terlalu hebat.(Mungkin..mungkin jer… tak ada fakta yang jelas pun tentang ayat ini)

Bila lupa mulalah ingat diri ini yang berdiri sendiri, diri ini yang mencari rezeki atas usaha sendiri, diri ini yang menentukan nasib diri dan bla-bla-bla….

Bila dah lupa diri mulalah ingat nafas ni kita punya, nyawa ini kita punya, dunia ni kita punya. Eii…Sudah-sudahlah nak mengatakan diri itu ibarat Tuhan…

Cerita tentang LUPA ini memang panjang. Malah saban hari diri ini juga tidak lari dari lupa diri. Lupa yang diri ini hamba yang hina dina. Lupa yang diri ini masih mengharapkan belas rahmat dari-Nya setiap masa.

MUNGKIN MEREKA TAK NAMPAK

Mungkin mereka tak nampak??? Aik..lain macam jer bunyiknya kan. Apa yang saya maksudkan ini? Adakah saya anggap mereka BUTA? Opss..maaflah, tidak terniat nak menghina. Mungkin sekadar mungkin, tiada fakta yang sohih pun, jadi jangan nak saman saya pulak lepas ini ok..

Bagi saya, yang tak nampak itu adalah HATI. Bila hati kata aku dah senang, aku dah kenyang, aku dah lengang, aku dah ngang2 dan sewaktu dengannya, maka mulalah hati tak nampak dah  bila waktu lapar, bilanya waktu susah, bilanya waktu jadi pengemis tepian jalanan tu, bilanya lupa segala lupa yang rupa-rupanya pernah berpeluh mencari erti hidup, bilanya waktu menangis teresak-esak saat sujud atas sejadah ketika kepayahan. Inilah bagi yang ‘tak nampak’, cuba tutup hati, cuba buat-buat dunno jer, cuba buat-buat hilang ingatan dan rasa ‘NAMPAK’ hebat.

Tak nampak walau seluruh alam ini DIA yang cipta, DIA yang beri kita mata untuk melihat alam ini tapi tetap tak nampak. Tak perasan, tak terfikir, tak peduli dan automatiknya takde la nak ingat kat DIA. Bila solat kita buat-buat ingat walau hati alpa, orang ajak pergi 'rumah' DIA kita mengelak. Lupanya kita kat DIA yang menciptakan kita.

Segalanya ‘mungkin’..mungkin dan mungkin.. Jika dilihat dari segi ayat, bukan nak prasangka pada manusia, apatah lagi kata diri ini hebat dan macam GOOD-GOOD jer, tapi sekadar perkongsian rasa hati. Itu jer.Sekadar ingatan pada diri sendiri semata-mata. Mohon maaf jika ada terkasar bahasa, terlajak kata. Yang tak boleh terima itu tak apa, yang terima tu saya gembira..=)

Apapun, yang baik dijadikan ukuran manakala apa yang tak baik dijadikan sempadan.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Celoteh Sayang..