Luangkan sedikit masa bersama....

Luangkan sedikit masa bersama....

Jumaat, 30 Ogos 2013

Allah itu lebih tahu apa yang kita perlu bukan apa yang kita mahu

Assalamualaikum!!!

Hye everyone! I'm coming...Yeah.. Zulaiqha Zulkifli kembali menulis. Taraa!! hehe...Apa khabar semua? Hopefully everything great....

Muka kontrol ayu. Maaf ya :)

Oraittt,.....setelah hampir 4 bulan berdiam diri, hari ini jari jemari mengetuk-ngetuk dan menekan-nekan papan keyboard kesayangan yang dah berhabuk. (nak mengambarkan betapa tidak dilayannya laptop ini)

Kenapa saya mendiamkan diri? (macam selama ni bising sangatlah kan..hehe)
Kenapa saya macam nampak "busy" sedangkan hakikatnya sebenarnya bukan berniat sebegitu. (cewah)
Ada beberapa perkara mendukacitakan.... lepas saya update tentang saya hadir ke program 3R (Respon, Releks dan Respek) saya terus macam mengalami satu tahap sindrom 'takut nak meluahkan' perasaan, semacam rasa ada BATU penghalang untuk mencoretkan coretan hati. (perghh,..coret-coret gitu ar)

Bukan apa.....
Bila kita share sesuatu, indah sekiranya ia datang dari hati.Before this, saya dengan ikhlasnya bercerita tentang harapan dan impian untuk menempatkan diri dalam bidang pengacaraan 3R TV3. Namun, atas dasar 'jujur' itu, saya merasakan bahawa ada 'panas pipi' bila selepas 3 bulan rezeki saya nampaknya bukan di situ.  (kan dah malu~) Saya malu bila mana saya dah menulis di belog, ramai yang bersahut memberi semangat dan dorongan kepada saya.(thanks!)



Memang saya terharu sangat bila saya dapati ramai kenalan yang mungkin kenal atau mungkin tidak mengenali diri saya sudi memberikan kata-kata positif tentang impian saya. Terima kasih banyak-banyak. Tidak lupa juga nak mengucapkan tahniah kepada semua 12 finalist yang berjaya melayakkan diri dalam program 3R.. U all memang superb!! (cantik-cantik pulak tuhhh!)

Saya percaya pada qada' dan qadar Allah.
Saya tahu itu bukan rezeki saya walaupun pada 24 Ogos yang lalu, bila mana TV3 bersiaran tentang Projek 3R, hati saya diruntun kepiluan.

Saya sedar, saya bukan siapa-siapa. Saya bertemankan kepercayaan "POTENSI MANUSIA ITU TIDAK TERBATAS' maka saya memberanikan diri mencabar diri. Namun, hari ini saya sedar dan cuba menyedarkan bahawa tidak semudah itu untuk mengapai bintang, tak semudah menyebut A-B-C untuk mencapai erti kegemilangan. Pasti ada onaknya, pasti ada durinya.

Kita sering dengar bait kata nasihat tentang Allah tahu apa yang kita PERLU, bukan apa yang kita MAHU.
Maka, saya cuba memerdekakan diri, hati dan segalanya demi melihat masalah itu bukan sebagai satu masalah tetapi satu peluang.

Saya juga bersyukur sepanjang hampir 4 bulan ini, saya belajar untuk mengenali diri saya sendiri, tentang apa yang saya kejar dalam hidup, tentang siapa yang sentiasa mampu menjadi peneman diri ketika susah dan senang, serta bagaimana kita mampu bertindak sebagai hamba-Nya yang bersabar.

Sejurus selepas habis program bersama Kementerian Belia dan Sukan, saya bertindak nekad mencabar kemampuan diri menjadi sebahagian CIMB Wealth Advisor Bhd. Bermentorkan Ikon Belia Malaysia, Millionaire Sisters Akmar, saya belajar banyak perkara, Alhamdullilah. Beliau sangat supportive dan so amazing person. Dan yang paling saya respect ialah walaupun sudah jutawan, dah ada segalanya tapi sangat humble dan rendah diri.

printscreen siap ar..hehe


Saya belajar sesuatu yang tidak terdapat di dalam kertas atau dari sekeping ijazah. Belajar erti bersabar dan bagaimana menjadi insan berminda bisnes, tentang 'law of attraction', bagaimana berdepan dengan manusia dan bagaimana untuk meluaskan networking gituuu...

Antara rakan-rakan seperjuangan CWA


Saya tahu saya masih berdikit-dikit. Saya kadang-kadang rasa keseorangan sedangkan sebenarnya ada insan-insan yang sudi mendengar, menjadi penceria hati saya, memberi semangat ketika saya sedih dan menjadi pemangkin ketika saya dilanda duka. Bukan banyak saya mintak, sekadar sokongan, dorongan dan doa sahaja. (terima kasih awak.....)

Saya sedar saya tidak sempurna sebagai manusia terutama bila hati tidak kuat menerima rejection dalam pelbagai segi. Rejection adalah lumrah. Macam dalam entri saya yang sebelum ini berkaitan rejection, saya tahu saya perlu kembali menjadi Zulaiqha yang kuat. Belajar menerima ketidaksempurnaan diri itu amat tinggi nilainya.(yess..i can do it, InsyaALLAH)

Kebetulan esok tanggal 31 Ogos, saya rasa terpanggil untuk mencoretkan erti kemerdekaan dari kotak kaca mata saya.

Saya percaya merdeka itu bukan sekadar atas kertas..
Erti merdeka itu lebih kepada kebebasan dalam kehidupan yang sentiasa bersulamkan pengorbanan demi mewujudkan kasih sayang.

Orang bila sebut 'kasih sayang' mesti kepala fikir ini minah jiwang atau feeling abes...tapi hakikatnya kita sendiri lahir daripada hasil erti 'kasih sayang' juga..

Kasih sayang ini luas pengaruhnya...Kebebasan yang berteraskan kasih sayang ini perlu ada integriti, kelembutan, toleransi, penerimaan, pemahaman dan kesatuan.

Maka, merdekanya kita bermula dari toleransi kita sesama manusia. Membebaskan pemikiran dari anasir lama dan membuka hijab fikiran tentang kehidupan yang lebih baik pada masa hadapan, itu adalah lebih baik.

Kuasa hijrah adalah kuasa berubah. Itu adalah hakikatnya. Saya percaya dan yakin, dengan kuasa hijrah ini, kita mampu pergi lebih jauh. Merdeka bukan hanya dengan kata-kata tapi ia lebih kepada percaya dan berusaha dengan perbuatan. Namun, kita kena sedar, bilamana kita masih dalam zon selesa, tiada penolakan dan gelodak untuk buat kita bangkit dan sedar bahawa kita perlu BERGERAK, maka seharusnya kita keluar dari ZON SELESA itu dan bergerak pantas ke arah ZON MENCABAR supaya kita lebih aware dan alert tentang matlamat hidup yang sebenar.

Ini sedikit sebanyak apa yang saya rasa hari ini dan waktu ketika ini.
Agak serius sikit entri kali ini. Mungkin mood serius melanda waktu ini.hehe...tapi bila-bila saya free, saya akan update lagi. I will throwback some previous story and mengaitkan dengan masa sekarang. :)


Saya rindu untuk kembali menulis, InsyaAllah saya akan nukilkan lagi lain kali.
thanks sudi membaca! love u..... Pray For Egypt :) Pray for MALAYSIA!!SELAMAT MENYAMBUT KEMERDEKAAN MALAYSIA YANG KE-56! tanah tumpahnya darahku......

MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!


Assalammualaikum.



0 Komen-komen:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Celoteh Sayang..