Bukan mudah untuk menerima
hakikat sebuah kehidupan hari ini dalam membentuk masyarakat prihatin dalam
kalangan Gen-Y masa kini kerana
kebanyakan kita lebih berebut-rebut mengejar material berbanding membantu
masyarakat secara holistik. Ketidakupayaan anak muda mentafsir dan menilai aktiviti
kemasyarakatan seperti aktiviti yang melibatkan orang kurang upaya atau anak
yatim, menjadi punca anak muda makin leka diulit mimpi duniawi hendonisme yang
tidak berpenghujung.
Tidak dinafikan terdapat segelintir anak muda yang sedar
tentang tanggungjawab mereka, namun mungkin kerana beranggapan tiada medium
untuk menyalurkan bantuan atau untuk berkongsi pengalaman, maka hasrat murni
untuk membantu masyarakat itu dibiarkan tertimbus dek masa dan keadaan. Hal ini
demikian telah memberi kerugian kepada negara sedangkan sepatutnya dalam era
globalisasi alam maya yang mencetuskan interaksi tanpa sempadan hari ini
sepatutnya digunakan sebaiknya oleh generasi Y secara berfaedah dan berguna
kepada masyarakat.
Atas dasar keprihatinan tersebut, pada 4 April 2013 yang lepas,
telah diadakan majlis pelancaran bagi Anugerah Blogger Prihatin 2013. Anugerah
ini bukan sahaja telah mendapat sambutan hangat dalam kalangan anak muda masa
kini terutama blogger, malah merupakan satu nafas baru yang bertujuan menarik
lebih ramai anak muda untuk lebih bertanggungjawab kepada kepayahan dan
kesengsaraan sesuatu komuniti setempat.
Dengan keprihatinan Bank Rakyat terhadap masyarakat, tajaan
sebanyak RM 10,000 telah diberikan dan disampaikan oleh Pengurus Besar
Perkhidmatan Korporat Bank Rakyat, Encik Rosman Mohamed. Tajaan-tajaan sebegini
harus diteruskan bagi membantu komuniti setempat yang rata-rata masih terdapat
pelbagai permasalahan terutama kewangan,
tempat tinggal, dan sebagainya.
Projek ini juga merupakan
inisiatif Ketua Projek iaitu Mohamad Redzuan Bin Saib yang juga merupakan peserta
Perdana Leader Fellowship (PLF) dengan kerjasama Harian Metro dan Kementerian
Belia dan Sukan (KBS) bagi melahirkan modal insan yang terbaik dan berguna
untuk Malaysia, berkebolehan untuk mentafsir dan membantu mengubah nasib
komuniti dan memimpin perubahan tersebut
untuk satu jangka masa secara berterusan. Maka, sesuai dengan kecenderungan generasi
Y dengan dunia siber dan IT, maka medium berblogging melalui cetusan idea “Anugerah
Blogger Prihatin 2013” amat bertepatan dan sesuai untuk memberi galakan kepada
belia untuk membantu masyarakat.
PROSES TARIKH PERTANDINGAN
Tarikh : 5
April 2013(Jumaat) – 30 April 2013(Selasa)
Aktiviti : Penerimaan
Penyertaan Anugerah Blogger Prihatin 2013 secara online.
Tarikh : 1 Mei 2013(Rabu) - 10 Mei 2013(Jumaat)
Aktiviti : Pemilihan
Pemenang Anugerah Blogger Prihatin 2013
Tarikh : 15
Mei 2013
Aktiviti : Majlis
Penyampaian Anugerah Blogger Prihatin 2013
HADIAH (PEMENANG)
Hadiah Pertama = Sijil + Trofi + Wang Tunai RM 300
Hadiah Kedua = Sijil + Trofi +
Wang Tunai RM 200
Hadiah Ketiga = Sijil + Trofi
+ Wang Tunai RM 100
Terma dan Syarat
1. Terbuka
kepada semua blogger dan warganegara Malaysia berumur antara 18-31 tahun.
2. Penyertaan
daripada warga kerja NSTP akan terbatal secara automatik.
3. Hasil
karya perlulah ORIGINAL/ASLI
4. Karya
seharusnya tidak menyentuh sensitiviti masyarakat
5. Peserta
boleh menggunakan blog sedia
6. Penggunaan
bahasa yang betul akan menjadi satu kelebihan dalam penyertaan.
7. Link
entri perlu dihantar kepada perdanaleaderfellowship01@gmail.com , sertakan
nama, alamat, no telefon dan umur anda.
8. Penyertaan
mulai dibuka pada 5 April 2013
9. Tarikh
tutup penyertaan adalah 30 April 2013 dan pemilihan
pemenang akan bermula daripada 1 Mei 2013 sehingga 10 Mei 2013
11. Seorang
blogger satu penyertaan sahaja
12. 3
orang pemenang akan dipilih melalui kriteria ditetapkan
13. Pemenang
akan diumumkan pada 15 Mei 2013
14. Sebarang
terma dan syarat yang tidak dipatuhi boleh menyebabkan penyertaan tersingkir
dari pertandingan
15. Pihak
penganjur berhak menukar mana mana hadiah dengan nilai yang sama.
16. Keputusan
akhir adalah muktamad dan bantahan tidak akan dilayan
Apa yang perlu ada dalam
entri/karya/post
1. Karya
mestilah asli/original
2. Tidak
menyentuh sensitiviti masyarakat
3. Nama
pusat jagaan OKU/Anak Yatim/Warga Emas
4. No
tel. dan nama pengurus pusat jagaan
5. Bantuan
yang diperlukan dan masalah yang dihadapi
6. Penggunaan
bahasa yang betul dan ejaan penuh menjadi satu kelebihan dan sertakan
cadangan pertolongan / jenis bantuan yang anda telah lakukan sebagai ahli
komuniti untuk membantu pusat jagaan tersebut.
8. Gambar
yang menarik
9. Pengolahan
cerita melebihi 120 patah perkataan
Mana-mana pihak boleh berhubung terus dengan Ketua Projek iaitu MOHAMAD
REDZUAN BIN SAIB PERDANA LEADER FELLOWSHIP melalui talian 013-7573269.
Rujukan : - Harian Metro, Jumaat, 5 April 2013
Dan juga Dr.Lurve
0 Komen-komen:
Catat Ulasan