Perghhh...muka studyy..hehe....jangan marah ek korang~~
Hari ini saya ada exam sebenarnya...dalam jam 9 pagi sehingga 11 pagi... Subjek pertama untuk final kali ini adalah Acadamic Writting Skills... Alhamdullilah, saya dah selesai menjawapnya..Memang tadi dalam dewan, seram sejuk dengan air-cond yang punyalah menyejukkan saraf-saraf dan ruang-ruang rongga dalaman ku...Hingga menyukarkan saya menulis..(perghhh..alasan...)
Sebenarnya satu yang tak puas hati time nak exam ni adalah
'KETIADAAN STUDY WEEK'....
Aduhh..rasa macam 'Eh, dah final ke aku nih?'....
Bayangkan kalau boleh bermonolog macam tu pulak kan... Tapi seriusly saya rasa student walaupun excellent atau hebat digelanggang exam juga perlu 'nafas' untuk mencari momentum dalam menghadapi final exam ni..Terutama pelajar final..tapi sekarang saya tengok, aduhh kelas baru abes dua tuga hari tetapi dah exam final...Sangat stress..
Tapi tak apa, saya anggap ini sebagai CABARAN dalam menuntut pelajaran..( sambil jeling-jeling jeles pada Universiti lain yang tengah dalam minggu study week)
Balik bilik terus ketiduran yang menyengat jiwa.. Sangat seronok menghayati waktu tidur yang diqadaqkan gara-gara banyak menunda waktu tidur..huhu...(Perghhh..waktu tidur tertunda beb..jangan main-main)
Malamnya, saya berpeluang bersama barisan MPP yang lain meluangkan masa bersama dengan adik-adik yang merupakan pelajar dari sekolah SMKA Nibong Tebal...Wah...dari jam 9 malam sampai 12 malam...walaupun pertemuan yang singkat, tetapi luangan masa yang ada itu kami gunakan sebaik mungkin..(Alamak;..tak ada gambar sebagai bahan bukti pulak) huhu...
Lepas abes program, terus balik bilik dan sempat wish good luck pada rakan seperjuangan MPP yang esok rata-rata ada exam final..tapi saya tak ada...21hb ni ada balik...maka kena study sungguh2 pasni..Doakan yer...
Bagi semua sahabat taulan yang jauh mahupun yang dekat, yang kenal atau tak berapa nak kenal, saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat menghadapi peperiksaan yang dah menjelma ni yer..
Moga segalanya dipermudahkan, Insya-Allah...Doakan yang terbaik buat semua..
Soo..my exco Kerohanian ada bagi doa-doa penerang hati ni....Jom sama-sama amalkan k...
huhu...kredit buat Exco Publisiti kami..hehe...sooo..saya nak menumpangkan dalam Belog saya yang tak seberapa ni k...Selamat Menjawap peperiksaan akhir semuaaaa....
Nak mintak maaf sebab saya pun tak lari dari buat salah..Sorrryyyyy sangat kalau ada dosa atau tersalah makan, tersilap cakap, terlupa bayar hutang ke apa ke...Ok?
Buat pamily..abah dan mama...Doakan anak mu disini yer...
Alalalala..gambar mama kesayangan ku..hehe....ma, doakan eqa k...hehe...
"Bersama Kurangkan Stress, Tingkatkan Ulangkaji"
2 Komen-komen:
Good luck Ika.wish u all the best!!!
@haslinda Mekasih,,,=) hehe..u too...
Catat Ulasan