Luangkan sedikit masa bersama....

Luangkan sedikit masa bersama....

Sabtu, 6 November 2010

Kisah EGO LELAKI...

haha...kisah ego LELAKI?
penuh Kontroversi ...
tak terniat nak cetuskan perang..malah tak terniat nak laga2 kan kaum ADAM & HAWA...kerana kitakan saling MEMERLUKAN..saling MELENGKAPI antara satu sama lain...Jangan lupa tau fitrah yang HAKIKI tu tau...=)


Kata orang,bukan kata saya ek... ego itu amat penting bagi lelaki.betul kerr???


Tapi sayang-sayang ku... semua lelaki mempunyai ego yang TAK SAMA. Ada antaranya yang  begitu  ego  di  tempat kerja, apatah lagi kalau dia berpangkat  besar.  Tetapi, apabila  berada  di  rumah ataupun di samping keluarga, tidak pula kelihatan ketara egonya...Pelik..kenapa ek??


Menurut     kaunselor berdaftar, Hushim Salleh, kate beliau ...setiap  individu memiliki   egonya   sendiri sama ada dia lelaki ataupun perempuan. Walau bagaimanapun, darjah keegoannya sudah tentu  berbeza-beza  antara satu sama lain. Ya...berbeza-beza....


Kata beliau lagi,  konsep ego sebenarnya  melibatkan  keyakinan dan jati diri seseorang. Lazimnya  apabila  seseorang  lelaki itu  mempunyai  sifat  tersebut, dia  akan  berasa  dirinya  melebihi  orang  lain.  


Selain  itu,  dia juga acap kali merasakan bahawa individu lain tidak selari dengan pendapat    dan    pemikirannya. Lantas situasi ini mendorongnya untuk banyak  membantah  dan menentang.

Selalunya  orang  yang  ego ini,  dia  mempunyai  sifat  agresif yang lebih tinggi daripada orang lain.  Dia  selalu  sahaja hendak menang.  Apabila  dia  pandang orang, selalunya dia hendak pandang  dirinya lebih tinggi daripada  mereka,”  terang Hushim. 

Ego    lelaki    biasanya    akan menjadi lebih ketara apabila dia  berhadapan dengan wanita. Umumnya keegoan tersebut tercetus kerana   lelaki   sentiasa   berfikir yang  mereka  lebih  tinggi, bukan KEtinggian sa[e yang lebih yer....hehe..tapi nak  hebat, berkuasa dan kuat berbanding  wanita. hehe...acececehh..
 Lantaran  itu,  bagi  mereka, wanita mesti mendengar dan menurut kata-kata mereka....mesti ke?? alalalala.....
“Selalunya  orang  yang  ego ini,  dia  mempunyai  sifat  agresif yang lebih tinggi daripada orang lain'.
Dia  selalu  sahaja hendak menang.  Adoii...kadang-kdang saya pun nak rasa jadi im the WINNER...Ego gak ke? alarrr....macam mana ni...Nak menang tu pada saya bukanlah SATU KESALAHAN..sapa kata pasukan BOLA main bola bersungguh-sungguh adalah tuk KALAH..betul tak? sama jugak macam manusia kan...mestila nak MENANG...

Tapi berbalik pada EGO LELAKI:  'Apabila  dia  pandang orang, selalunya dia hendak pandang dirinya lebih tinggi daripada  mereka,”  terang Hushim.  Gitu ek? wahh...


“Lelaki   biasanya    mengatakan dialah pemimpin dan ketua terutamanya   kepada   golongan perempuan.  Inilah  yang  membentuk ego. Memandangkan dia   menganggap   lelaki sebagai  pemimpin  dan ketua,   jadi   apa   sahaja  yang  dia  buat mesti   lebih   daripada perempuan. Pada masa inilah dia cenderung untuk menunjukkan kekuatannya,” ulas beliau. 
Meskipun begitu, akui beliau, kehadiran ego juga sebenarnya cukup penting  dalam  diri  kalangan  lelaki bergelar pemimpin....yer...yang bergelar PEMIMPIN tau...apa yang penting bagaimana kita sendiri mengawal dan mengunakan EGO kita kearah positif atau negatif...Waallahualam....
Ni sekadar perkongsian ....yang baik datang daripadanya..yang buruk..datang dari kekilafan saya sendiri....
Kebijaksanaan tidak lagi merupakan kebijaksanaan apabila ia menjadi terlalu angkuh untuk menangis, terlalu serius untuk tertawa, dan terlalu egois untuk melihat yang lain kecuali dirinya sendiri.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Celoteh Sayang..