Wah..rasa rindu yang teramat untuk mengukir sesuatu pada blog kesayangan ku ini...
Hehe...ketika sedang menulis ini aku baru jew balik daripada pulau Redang pada 6 Ogos sampai 8 Ogos 2010 ni....
Begitu bsingkat rasanya masa berlalu..pejam celik,pejam celik aku sudah berada di UMT semula..
Macam baru semalam jew aku bertolak ke Pulau Redang...Banyak pengalaman untuk dikongsikan bersama..
Bermula dengan penceritaan bagaimananya susah aku nak meminta kebenaran abah ku yang secara totalnya tidak benarkan aku pergi...kerana bimbang dengan keselamatan ku..dan juga pelajaran ku..katanya aku dah terlalu aktif di UMT,maka merasakan aku perlu masa tuk berahat dan mengawal aktiviti luar kampus..Aku faham ape yang ingin dia maksudkan..mmg aku faham ape yg ingin di sampaikan.......Tapi hati aku ni..ati aku ni yg selalu agak keras dan degil terutama bile ia melibatkan perkara yang aku minat dan suka..maka aku akan cuba tuk dapatkannya...
Kalo aku nak sesuatu...aku akan cube sebaiknya tuk mendapatkan nya.malahn aku boleh siap membayangkan aku dah dpat perkara tu,....Tapi bila awal2 lagi abah tak bagi..maka aku redha...namun last2 minute...abah kol aku dan mengkhabarkan perkabaran baik...'eqa boleh pergi.....' wahhh...time tu terasa macam 'adakah daku bermimpi?'hehe..lalu sangat la ku gembira atasa keizinan abah tu..
Bagi ku...ape jua keputusan family ku,akan ku cuba akur dan taat kerana merekalah segalanya buat diri ku...Lalu pada hari pertama aku ke Pulau Redang,sepanjang perjalanan aku ketidoran dalam bot sebab aku sgtla mengatuk sebab tak cukup tidur gara2 persiapkan teks tuk majlis2 di Pulau Redang...hehe...Kali ini aku pegi pulau redang bkn dgn dak2 kelas,tapi dengan mahasiswa dari UMP,UNISZA,dan UMK.....huhu...
Aku diserahkan lagi tugas sebagai emcee..jadi buatla macam biasa...aku juga sgt seronok dapat keluarga angkat yang baik2 belaka....ada anak yang masih kecil2..Mak angkat ku agak muda daripada mamku...jadi dia sendiri telah memanggil dirinya Kak Ha....nama sebenarnya Puan Zainab,,katanya panggilan 'Ha' tu terlekat sebab masa kecil2 suka nangis...hehe...
Pertama kali menjejakkan kaki kat pulau redang tu..mmg terasa agak kagum...jika dulu mereka tinggal dalam perkampungan atas air..kini masa yang merubah segalanya...dah macam perkampungan di daratan juga.......Sempat juga aku pegi kenduri..ada orang kawin pulak time tu..hehe
Pastu,,,,kami yang anak angkat ni perlu menjadi FASI untuk anak2 murid sekola rendah...memang bukan mudah tuk menguruskan pelajar2 sek rendah ni.....tapi utk sesi yang pertama ni...semua berjalan dengan lancar..Alhamdulilah..
Pengalaman yang tidak boleh ku lupakan bila aku dibawa oleh anak2 pulau ini ke satu tempat air terjun yang sangat sejuk dan menenangkan..aku rasa seronok dan bahagia…melihat gelagat2 anak2 pulau yg cukup keletah dan sangat menghiburkan wat aku rasa tak nak balik dah..hehe..mereka sangat independent..walau pada usia yg masih kecil,tapi kemampuan tuk berenang pada tahap pro sgt memberangsangkan…
Ku mendengar ada luahan sorang daripada anak pulau ini…anak pulau mempunyai semangat pantang dicabar…pasti dia akan memberontak dan cuba membuktikan mereka mampu melakukannya…ya,memang aku tak nafikan langsung perkara tu.
Tapi ada juga yang tidak sedap didengari bila ada sekolah di daratan yang tidak dapat menerima anak2 pulau ini gara2 ada beberapa kes samseng yang melibatkan anak pulau….jadi jika ada sekolah yang mengamalkan dasar begini..tidak mustahil masa depan anak2 pulau makin terganggu…
Ku percaya tidak semua anak pulau sebegitu…bagi ku didikan ibu bapa sangat penting…dan apa yg mencorakkan anak pulau adalah ibubapa mereka sendiri.Aku ketika menjadi anak angkat bagi keluarga Puan Zainab,,aku sangat selesa dengan anak2 beliau yang cukup baik dan sopan,…bagi ku …inilah salah satu contoh keluarga yang patut di contohi oleh keluarga lain di kg.Pulau Redang...
Masa berganti masa...akhirnya...aku dah berada di sini..di dalam blik hostel ku....melalui hari2 yang tidak pasti...Walaupun apa jua berlaku...akan ku singgah ke Pulau Redang itu untuk mencurah sedikit bakti,insya-Allah.....
0 Komen-komen:
Catat Ulasan