Luangkan sedikit masa bersama....

Luangkan sedikit masa bersama....

Rabu, 14 Julai 2010

Aku tahu aku tak sempurna....

Assalamualaikum..dan salam perpaduan.....

Aku tahu aku tidak sempurna...
mungkin ada orang sekeliling menganggap aku sering mencari publisiti la...suka tarik perhatian orang la..
sedangkan ...pada hakikatnya aku tak sebegitu niat ku...

Aku masih hidup seperti insan lain..
cuma bezanya aku lebih mudah mesra dengan setiap insan disekeliling ku...
aku tak suka prejudis pada mana2 insan disekeliling ku..
bagi ku,aku suka manusia..
sayang pada haiwan,
aku hargai nikmat yang Allah SWT dah ciptakan di muka bumi ni..
Sebaiknya aku sangat-sangat cuba mengawal diri dan cuba mengelakkan diri daripada menyakitkan hati orang lain..

Namun,seperti ku kata,aku bukan manusia sempurna..kadang-kadang bila aku dihadapan 'stage' aku menjadi orang lain (daripada diri aku yang agak gila2 orangnya....suka buat joke dan suka benda2 happy2)...ye,itulah aku....


Bukan untuk lakonan,namun itulah diriku..aku ada personaliti aku sendiri...yang aku kadang2 ku tahu ada rakan taulan mungkin tak berapa nak suka...jadi aku mohon maaf atas personaliti ku itu....
bukan hipokrit,tapi neutral sebegitu....
aku ada masa 'huahua'...tapi ada masa agak serius....sekali lagi ku katakan aku tak sempurna....

Aku nak elakkan diri ini daripada memandang serong pada ku..
atau prejudis pada ku...bagi ku,aku nak menegaskan pada mereka...aku adalah aku..bukanlah  insan yang mudah lupa diri ...

Kenapa ye kadang-kadang ada insan-insan yang kita anggap sahabat memandang serong pada diri kita sedangkan kita sangat menghargai mereka???
(aku bermonolog sendirian dalam diri ku)

Aku tak pinta untuk menjadi 'somebody'..cuma aku sentiasa berdoa moga Allah membawa aku ke jalan insan-insan yang benar,insan yang tidak menyakitkan hati sesiapa...namun,mampukah aku? hanya Allah sahaja tempat aku bermohon dan bergantung harap...

Ini juga sesi untuk aku bermuhasabah diri...perbaiki diri daripada masa ke semasa....
Aku sayang insan2 yang berada disekekliling ku...
bagi yang tidak puas hati padaku..berterus terang lah dihadapan ku..berdepanlah dengan realiti kehidupan dan jika mereka merasakan diri mereka di pihak yang benar,maka tunjukkanlah kebenaran itu dihadapan ku...bukan sekadar bermonolog dibelakang takbir ku...

Sekian buat hari ini..aku ku sambung dalam luahan cerita pada masa yang akan datang...bye..=)


Setiap mata yang tertutup, belum bererti ia tidur........dan setiap mata yang terbuka, belum bererti ia melihat

0 Komen-komen:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Celoteh Sayang..