Luangkan sedikit masa bersama....

Luangkan sedikit masa bersama....

Sabtu, 27 Ogos 2011

Jom Join Contest Raya Pertama Terompahcaring!

Klik sini kalau nak join...

Contest sebenarnya.. sambung perkataan.....dan ayat pertama yang jadi pilihan saya adalah......
“Hari raya kali ni tak best kerana…”

Hari raya kali ni tak best kerana pertamanya aku terpaksa pulang ke kampus awal. Tapi tak seawal mana, cuma masih awal berbanding kawan-kawan yang lain (di universiti lain) iaitu pada 4hb September 2011 dah kena balik UMT (universiti malaysia terengganu yer...kang tak tahu pulak apa tu UMT)..hehe...So..saya pun kena balik. Nak menyambut kedatangan bakal-bakal mahasiswa UMT yang baru untuk semester baru dengan semangat baru. Mereka datang, kita sambut la... Jadi senior bukan selalu yer tak?hehe...



Saya bakal melalui semester baru dan menyambut adik-adik baru. .Tapi kali ini agak berbeza kerana tanggungjawab lebih berat. Sebagai pelajar, dan juga sebagai pemimpin. Harap dapat menjalankan tanggungjawab ini sebaiknya..Amin... Dan saya juga kena berjumpa pensyarah waktu tersebut untuk menceritakan beberapa permasalahan tentang projek saya..


pepun samat ali laya...




Kenapa saya TAK GEMBIRA KETIKA HARI RAYA PERTAMA?

Adalah kerana saya punya fikiran masih melayang pada kerja-kerja di UMT. Letih dah nak memaksa otak ini supaya bergembira pada hari raya kali ini. Namun , otak ni degil sangat gamaknya. Mungkin saya sorang je kot rasa macam ni..





Kenapa saya TAK GEMBIRA KETIKA HARI RAYA PERTAMA adalah kerana yang paling utamanya...


Kerana raya kali ini, adalah kali pertama tanpa nenek saya.. Arwah meninggal semasa bulan Syawal tahun lepas, masa meninggal saya tak sempat nak cium arwah masa tu walaupun untuk kali terakhirnya sebab berada kat Terengganu, kat kampus masa tu dan arwah perlu dikebumikan secepat yang mungkin (tak elok biar jenazah tak dikebumikan lama-lama)..

 Maka saya tidak sempat untuk pulang...Rasa terkilan masih berbekas dihati ni  lagi.Sebab tu, bila ada mana-mana ahli keluarga saya yang sakit, mesti saya nak balik rumah sehingga saya dapat lihat sendiri dia ahli keluarga saya sihat. Sebab saya pernah rasa kehilangan dan tiada kesempatan untuk bersama disaat akhir.



Ingat lagi pada 13/9/10 nenek datang rumah....Nenek sungguh-sungguh nak datang rumah...
Kami semua terkejut..tapi  dapat tengok pada raut wajah nenek......

Wajah nenek nampak gembira sangat..
Senyumannya tak lekang kat bibir..


Saya tahu nenek sakit kaki, tak mampu nak jalan jauh-jauh. Tapi nenek kata, nenek tetap nak datang jugak sebab malam tu saya nak balik ke UMT dah..
Ingat lagi nenek cakap..

'Biarlah nenek datang, nak tengok cucu nenek'
(bila teringat ayat ni, rasa sebak tiba-tiba)

Bila nenek datang, saya terus salam nenek dan sangat sayang nenek..
Dulu masa saya kecil lagi nenek selalu jaga saya...

Arwah nenek merupakan ibu tunggal yang sangat tabah, kuat semangat dan tegas masa muda-muda.. 
Abah selalu cerita nenek garang masa muda. Tapi nenek kuat semangat.Walaupun tak pandai membaca rumi, sebab hanya tahu membaca jawi ,nenek berjaya mendidik anak-anak hingga dewasa. Malah pergi Mekah atas titik peluh sendiri. Alhamdullilah.....



Kemudian, seminggu selepas itu, saya dapat tahu nenek masuk hospital.. Tapi saya tak sangka pada hari yang ke-4, Allah lebih menyayangi beliau..





Sekarang...saya hanya mampu menatap wajah nenek di sini jer...dalam kenangan..
Dan kenangan ini pasti terimbau pada saat raya pertama. Rumah neneklah adalah rumah yang kami akan kunjungi untuk kami beraya..

Hari Raya Pertama....
Dan makin sayu hati bila terdengar sayup-sayup 
Bila terdengar takbir raya.....


Menangis lah saya di sini...



[gmbr hiasan]

di sinilah kami akan pergi untuk hari Raya Pertama...................

Al-Fatihah buat arwah nenek..
Nek, eqa sayang nenek sangat.....





nota jari- jemari: saya tag kepada ALI XY dan FADHIL

Jumaat, 26 Ogos 2011

When sebut FYP, aku jadi TENSION!!

Orang bila dah nak dekat raya HAPPY belaka ...tapi aku masih tak selesai2 lagi ni,.,

Yer..aku tension dengan FYP

Aku jadi tension pikirkan FYP (FINAL YEAR PROJECT),...sangat tension dan bertambah tension memikirkan sem depan makin banyak aku kene setelkan. Bulan Ogos ni, memang supervisor aku tak ada pun..kebetulan aku memang tak boleh balik umt. aku dan sampling dan aku akan sampling lagi..

Sekarang aku kena dan sedang setelkan :-

1) Proposal.
2) Method perbaiki.
3) Sukakan dan cintakan project aku

Segan aku nak bagitahu tapi ini adalah belog aku yang aku boleh luahkan apa jua cerita peribadi dan luahan hati..
Aku segan sebab aku baru lepas menangis kerana takut nak menghadapi semester depan. Yer, memang aku takut berhadapan dengan dugaan Allah. Tapi cuba positifkan diri...bahawa dugaan Allah ini adalah penguat aku sebenarnya.

Semester depan...


-Banyak program MPP bertindan-tindan dengan FYP punya kerja.
(ada akan perli, kenapa tak setelkan masa cuti, aku akan jawap apa yang realiti yang berlaku)
-Aku kena pergi sampling kali ke-2 sebelum monsun...(monsun merupakan cabaran terbesar aku..tapi tak apa, aku pikir positif)
-Aku cuma tak nak extent.. (doa siang malam)
-Aku nak sukses..(semua orang nak)
-Aku nak dapat result baik..AMIN
-Aku akan cuba buat sehabis baik untuk berjuang dimedan ilmu dan juga berjuang demi amanah sebagai MPP..
-Aku harap pensyarah gembira melihat aku selalu datang bilik dia..(plss..jgnlah menyampah dgn sy, sy budak baru belajar..dan masih nak banyak tanya,,,sebab saya memang tak faham sangat ni...=(  )
-Aku kena tabah..dan jangan ikut mindset orang, Aku doa ramai sudi bantu aku..Amin..
-Aku tak nak tekanan yang menyebabkan aku lari dari FYP.. atau nak tukar topik (sedangkan dah 4 bln aku bergelumang dgn topik ttg nitrate effect pada coral ni tapi masih terpikir, alangkah bestnya kalau aku dapat topik itu dan ini...Oh my god..sempat lagi pikir gitu ek...memang tak normal aku nih.)
-Aku harap pensyarah aku mampu bantu aku selalu dan marah aku kalau aku salah (aku perlu disedarkan sentiasa)
-Aku cuma nak perabiskan masa setahun aku lagi kat UMT dengan sebaik mungkin...taknak lah asyik menangis jer...
-Aku harap masa aku present, pensyarah pandang dan senyum kat aku, kerana aku sayang mereka macam mak ayah aku..
-Nak sentiasa cukup kan solat( bukan hanya start sem depan ni..ni setiap masa)
-Nak elakkan diri dari buang masa..walaupun aku akan berluahan di belog, tapi aku tak nak berfacebook lebih daripada 30minit..
-Aku tak nak buat muka tension depan orang..
-Aku nak sayang semua orang sentiasa (dengan harapan orang pun sayang aku..hahaha..perasan sangat)
-Aku nak fokus dalam dua-dua  bidang..FOKUS perlu tuk berjaya..


Ini antara harapan aku semester depan....

Dan pembaca semua..doakan lar aku yer...

Doakan yer......Aku akan cuba buat yang terbaik..demi

-ALLAH
-DIRI AKU
-KELUARGA AKU

Keluarga ku...ni gambar raya tahun lepas ni..Demi mama (sebelah kiri aku)
Abah tukang amik gambar..

KALAU AKU GAGAL SEKALIPUN, YANG PENTING AKU DAH BERUSAHA SEDAYA UPAYA AKU! 


Terima kasih kerana sudi baca luahan aku.
Kurang sikit stress aku..Ok..nak sambung kerja jap..BYE!

Khamis, 25 Ogos 2011

Follower ku yang ke-333 telah ditemui...

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Hehe..untuk pertama kalinya...
Saya buat entri special untuk FOLLOWER saya yang bertuah pada kali ini...

Seperti yang telah dijanjikan pada entri yang lepas, bahawa aku akan membuat entri bagi follower ku yang ke-333...bukan apa, saje jer nak meraikan beliau..



Masa aku bukak blog ni, tengok-tengok dah jadi 334...tak sempat nak printscreen yang 333...hehe
tapi tak apalah, yang penting dah ada orang yg ke-333 tu...


Beliau di kenali dalam belog sebagai Cikgu Mat...
Nama belog beliau adalah 'Art of motion' dan link blog beliau adalah www.realitiseni.blogspot.com...
Bukan hanya satu blog, beliau juga ada satu lagi blog, namanya GENG.DESIGN.BAJU...

Saya ada datang ke blog Cikgu Mat ni semalam..Beliau berasal dari Tanjung Malim, Perak.
Telah menjadi blogger sejak 2010...memang ada banyak talent, photographer boleh, puisi boleh, kira seni abes lah....tengok banyak gambar2..cantik2 pulak tu....

Inilah wajahnya... saya curik dari photo blognya...hehe.sorry..

Ada baca-baca entri dalam blog beliau, banyak juga cerita menarik di situ.. dan saya tahu, beliau juga merupakan pemimpin pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris ...Kita rupanya pada satu perjuangan yang sama lar Cikgu Mat atau dalam MPP dikenali sebagai Wan Mohd Razuha b. Wan Md Zuhaidi, beliau memegang jawatan selaku Exco Penerbitan dan Informasi dalam MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR 2011/2012...

Semoga teruskan perjuangan dan amanah sebaiknya yer.. All da best !! 

sumber dari sini

Sejujurnya sukar jugak nak tahu nama sebenar Cikgu Mat ni, tapi kena baca entri demi entri..dah search google..Hehe...

Tapi  saya juga baca dan akhirnya menjadi follower beliau yang ke-240..ehh.bukanyg ke-230....



Okey..Terima kasih yer kepada Cikgu Mat...My follower yang ke-333 yer...
kalau ada salah dan silap info diatas minta maaf yer...^_^ TQ


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Celoteh Sayang..