Luangkan sedikit masa bersama....

Luangkan sedikit masa bersama....

Selasa, 29 Mac 2011

Jawatan bukan sesuatu yang harus dibanggakan.....




Jawatan pemimpin, bukanlah suatu jawatan yang boleh dibanggakan...Yup..itu yang saya boleh KONKLUSIkan.....kepada TIGA perkara....

~Jawatan bukan suatu alat untuk mengkudakan masyarakat dan rakan-rakan....

~Juga bukan alat untuk meminta orang ramai menghormati peribadinya..

~Tetapi ianya suatu jawatan yang meletakkan sebelah kaki yang memegang jawatan tersebut di dalam neraka manakala sebelah kaki lagi di dalam syurga...

Begitulah ungkapan Saidina Umar Al Khattab r.a. sewaktu dilantik menjadi khalifah dunia Islam....

Seandainya baik pentadbiran dan siasah sang pemimpin dalam menabur benih dan buah-buah keadilan kepada masyarakat, maka disitulah letaknya kasih sayang dan rahmat Allah. 

Sebaliknya, jika kezaliman dan perseteruan disebar di tengah masyarakat, maka ingatlah bahawa azab Allah di akhirat amatlah pedih....

~ ~ ~ ~ Ingatan buat diri saya sendiri ~ ~ ~



Bila hamba berlagak hamba, Raja akan sayang 

kepadanya. Tetapi bila Raja berlagak hamba, ALLAH

 akan sayang kepadanya...

Selasa, 22 Mac 2011

Sabar? Sampai bila?


Wah,...hari ini nak bercerita tentang SABAR? ececehhh..macamlah saya ni Ustazah pulak nak cerita hal SABAR....sedangkan kekadang saya sendiri pun tak bersabar..


Tapi entri kali ni tak lah istimewa mana pun..Cerita hal yang biasa kita tau...Tapi rasa kita selalu tak amik tahu...(huhu....)




Actually, sebenarnya banyak yang boleh buat kita hilang sabar...


1) Sebab dah GENETIK pemarah...: huhu..bagi insan-insan yang memang dah lahir-lahir dia memang BARAN tahap dewa (mereka tak pinta lahir baran kott)..
Ini kategori susah nak disejukkan kerana mereka mudah terPANAS.... sooo...kalau jumpa orang macam ni just wat dek dan cool je...Nanti mereka akan ok...


2) Orang hilang sabar bila ada TEKANAN...
-Yooo...part ni semua mesti pernah rasakan? Time stres-stres dan serabut, time tu jugak lah datang macam-macam masalah...woo..rasa macam nak sepak-sepak je kucing yang kat tepi jalan..(mak aihh..kejamnyaa)... Memang nampak kejam time MOOD 'cool' gini, tapi bila serabut dengan TEKANAN,semua hilang kemanusiaan dan kewarasan....lalu timbul keeeebi.....?hehe...sambung sendiri la kan...




3) Bila DIRI sukar TERIMA KENYATAAN....
-Susah nak terima kenyataan? Kenyataan yang macam mana? kat papan kenyataan ke?huhu....Sebenarnya, tidak kisah pun kalau susah terima kekalahan ke...Yela, supaya kita jadi jiwa nak bersaing sikit..Jadi orang yang nak lebih baik lagi...Tapi ni kalau TAK TERIMA KENYATAAN sampai tergolek-golek melalak dan paling haru kalau mengamuk-ngamuk ambil parang tikam segalajadah yang sekelilingnya...Fuhhhh...bahaya tuhh...memang bahayaa.....





-kategori ke-2 TAK TERIMA KENYATAAN bila seseorang tu berang bila orang lain mengkritik...Kenapa? Selalunya sebab dia merasakan HARGA DIRI adalah HAK mereka...Tiada siapa pun boleh robek-robek sesuka hati... Sedangkan hakikatnya time tu Allah hanya nak uji tengok tahap  KESABARAN dia jer..Tapi kerana KEPANASAN & tambahan prinsip yang penuh 'KEPANTANGAN ITU DAN INI' maka banyaklah problem yang menanti dibelakang hari....



-disini ada kelemahan di dalam diri saya..(pengakuan penuh jujur,tawaduk,rendah diri dan dukacitanya) ...Saya pun manusia yang tak lari dari perasaan MARAH...tapi saya try untuk mengawal sedaya mampu...


Adusss....maksudnya saya akan cuba sedaya upaya untuk menjaga hati semua pihak, tapi bila ada pihak yang cuba mengkhianati atau menyakiti hati saya, maka menjadi tabiat saya yang suka 'berdiri atas kebenaran'.... (walaupun hakikatnya saya berdiri atas lantai jer)


Tapi bila saya makin melalui hari-hari sebagai manusia, saya rasa KESABARAN adalah jalan yang TERBAIK....Dan saya juga masih dalam proses untuk menyabarkan hati dan jiwa (sabar eqa..sabar)...Insya-Allah...


Tapii..berapa banyak tapilah..hehe...Sabar itu bukanlah bererti saya senyap, saya tidak ada perasaan atau pura-pura gembira...tapi sebaiknya saya kadang-kadang fikir kita perlu melayani akal lebih dari nafsu kemarahan....(fuh...baik la pulak)


Sebenarnya, ketika saya menulis belog ini, sebenarnya saya sedang cuba mengawal emosi(huhu....kantoiii)..
Betul orang kata, dengan menulis kita dapat luahkan sesuatu dari jiwa kita, sekaligus kita dapat muhasabah diri kita sendiri....


Tapi.....




bila orang tanya...




Sabar?      

Sampai bila?






Dan saya boleh jawap....SAMPAI BILA-BILA.....
SAMPAI KITA MERASAI NIKMAT SYURGAWI^_^

Muhasabah diri sama seperti memberi hadiah pada diri kita sendiri...
''Saya tidak pinta dihargai, cukuplah jangan dihina atau dikeji.....''




......Waallahualam.....


“Apa yang di sisimu akan lenyap, dan apa yang ada di sisi Allah adalah kekal. Dan sesungguhnya Kami akan memberi balasan kepada orang-orang yang sabar dengan pahala yang lebih baik dari apa yang telah mereka kerjakan.” (An Nahl: 96)

Isnin, 21 Mac 2011

USAHLAH SIMPAN KEBENCIAN..

Maryam, guru kelas Tadika menganjurkan satu permainan yang sungguh menarik untuk murid-muridnya.Setiap murid diminta membawa beg plastik yang berisi pisang yang tertulis nama orang yang paling mereka benci ke kelas pada esok hari. Jadi, jumlah pisang yang perlu dibawa bergantung kepada jumlah orang yang dibenci. Keesokan harinya, setiap murid membawa beg plastic berisi pisang masing-masing.

Ada yang membawa tiga biji, ada juga lima biji dan paling banyak lapan biji.

Semuanya sudah ditulis nama orang yang paling mereka benci. "Sekarang simpan pisang tu. Jangan lupa bawa ke mana sahaja kamu pergi selama seminggu.

Inilah permainannya. Selepas seminggu, kita akan tahu keputusannya" beritahu Cikgu Maryam.Kanak-kanak tersebut menyimpan pisang masing-masing di dalam beg.

Hari demi hari berlalu, pisang tersebut mula berbintik-bintik dan akhirnya menjadi busuk . Kanak-kanak itu mula merungut dan marah.Mereka tidak menyukai permainan itu lagi kerana selain beg berat,badan berbau busuk.

Ada yang menangis, enggan meneruskan permainan.Seminggu berlalu, pagi-pagi lagi murid-murid Maryam sudah bersorak. Permainan sudah tamat. Tidak ada lagi beban dan bau busuk yang perlu dibawa."Okey semua, apa rasanya bawa pisang dalam beg ke sana ke mari selama seminggu?" tanya Cikgu Mayam.

Semuanya serentak mengatakan mereka benci permainan itu. Mereka hilang kawan, sering diejek dan terpinggir. Lebih teruk lagi, terpaksa tidur,makan, mandi, bermain dan menonton TV dengan bau busuk."Itulah sebenarnya yang berlaku kalau kita simpan perasaan benci pada orang lain dalam hati"

"Bau busuk kebencian itu akan mencemari hati dan kita akan membawanya ke mana saja kita pergi. Jika kamu sendiri tidak boleh tahan dengan bau pisang busuk hanya untuk seminggu, cuba bayangkan apa akan jadi kalau kamu simpan kebencian sepanjang hidup kamu???" beritahu Cikgu Maryam.

Maryam mengingatkan anak muridnya supaya membuang jauh-jauh perasaan benci daripada membebani hidup. Kemaafan adalah yang terbaik. Menyayangi lebih baik darpada membenci....

Nota tangan: Jangan kita buat orang benci jugak k...^_^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Celoteh Sayang..