Luangkan sedikit masa bersama....

Luangkan sedikit masa bersama....

Ahad, 2 Januari 2011

Kampus ku...bakal menghadapi masa-masa sukar...

Assalamualaikum semua…salam sukses dari saya…

Tengok-tengok dah 2 hari bulan…kejap je rasa… Semalam jam 10.00 malam saya balik ke UMT dengan bas SANI EXPRESS… dengan kawan baik saya, Siva…Seperti baisa, semua ahli keluarga pun sama-sama tolong hantar saya ke bustop…( ada jugak babak-babak keharuan pada ketika dan jam itu)

Sampai kat UMT, saya pun kemas-kemas barang semua…bersih apa yang patut .. walaupun agak kerimasan dengan habuk-habuk yang halus jalus tu..tapi saya slow-slow kemas….akhirnya..hampir 2 jam, kemas sudah bilik ku…

Lepas dah kemas semua, saya terus ke Cimb…walaupun saya tahu hari ni adalah HARI CUTI PERISTIWA kemenangan bola penyepak…tapi saya tetap tekad nak ke bank..maklumlah nak selesaikan masalah tunggakkan yang saya sendiri tak sengaja ciptakan..Malangnya cimb bank tutup..( asal tutup…tak tau ke aku rindu korang nii..)

So.. saya pergi pulak jumpa bendahari ( bukan bendaharam ok..) Yup..akak bendahari tu baik orangnya (berdasarkan kelakuan  & percakapan dia) Saya rasa senang berurusan dengan akak bendahari tu… Dan dia dengan sabarnya terang satu persatu kenapa duit yuran saya tidak dipotong secara automatic… Actually dia kata bukan salah bahagian bendahari , tapi dorang just terima arahan  daripada PTPTN je sebenarnya.. So…saya tak boleh nak salahkan pihak bendahari (sedangkan aku pernah salahkan dah dulu) ..Hehe..sorry kak..saya sendiri patutnya lebih alert( sambil amik rotan dan rotan tangan sendiri)

Then, saya balik bilik…Kerana jiwa lesu dan pilu, saya terus ketiduran sampai jam 2.00 petang ( perghhh..bapak lama tidur) Maklumlah dalam bus tadi, 8 jam perjalanan, saya tidur hanya tidur 3 jam je…Makan pun tak..kemalasan plus keletihan beb..

Yup…ku sangkakan hujan sampai ke petang, rupa-rupanya ribut di malam hari ( suka-suka petik perpatah sendiri..hehe) Masalah ingat dah selesai. Result masih dalam tahanan dan menjadi tanda tanya yang teramat dalam benak jiwa saya nihh (perghh..dah angau dah ni)……isy..sedih tul… Malah bertambah debaran pulak…( nasib aku tidak mengalami masalah jantung,,kalau tidak…..)

Kawan-kawan lain dah bercerita tentang result masing-masing…dan saya masih termanggu-manggu (sambil buat muka kesian campur mengong-mengong..KONON muka tak bersalah) Yela…nak wat camne kan…redha jela…
Esok ada kelas dah..pagi pulak tu, so sebelum ke kelas saya tekad tuk selesaikan masalah utang ni..dan pergi berdaftar…dan amik result…amik result…amik result…yer..amik result…( muka penuh BERHARAP tapi SERIUSS)

Terus dan terangnya, sememangnya saya rasa debaran sem ke-4 ni makin mendebarkan…Wow…bukan debaran bombastic  Mr.Loba-loba yer…tapi debaran pada CABaRAN yang saya kena berdepan lagi…aduh..saya harap tiada KELEKAAN yang boleh MELEKAKAN saya untuk kali ni..Tiada erti PLAY-PLAY yang boleh melingkupkan hidup saya…Waaa……

Apa yang paling penting adalah PENJAGAAN MASA: Saya akan berusaha untuk elakkan diri daripada melengah-lengahkan masa…Tak mo datang lewat dah ke KELAS  (sudah menjadi TABIAT atau HABITAT diri) huhu….Nak lebih panctual…amin..amin.amin ya rabbal alamin..=)


Time-time ni rasa rindu pulak pada FAMILY yang kat rumah tu..moga-moga semua sihat-sihat belaka yer…
Doakan eqa kat sini k..=) love and miss u all….^_^

Sabtu, 1 Januari 2011

Pelakon Faizal Yusuf meninggal dunia.Al-Fatihah..

Pelakon Faizal Yusuf (bekas suami Siti Nurdiana:mereka berkahwin pada 28 April 2006) telah meninggal dunia pada 1/1/11 akibat serangan jantung di Hospital Pusrawi KL sebentar tadi. Sama-sama kita sedekahkan Al-fatihah buat Allahyarham.


Allahyarham meniggalkan anak bernama Mohamad Rayyan Nakhaie yang yang masih kecil….

Ajal tidak mengenal usia muda mahupun tua…masa dan ketika. 



Allahyarham juga pernah berlakon dalam cerita Adamaya...

Pernah miliki keluarga bahagia bersama Siti Nurdiana..

Panjatkan doa moga-moga umat Islam , kita semua ditempatkan orang-orang beriman…

AL-FATIHAH....

P/S : SUMBER DARI FB NAS AHMAD DAN SEARCH GOOGLE..

Happy New Year!!! 2011 welcome...welcome...^_^

Yeyy...2011 telah menjelang tiba..pastinya 1/1/11 memang cantik sangat tarikh ni kan..ada yang berkahwin...ada yang bertunang...ada yang besdaynya tarikh ni...ada yang aniversary weddingnya..ada macam-macam adalahh....

Saya juga tak ada apa yang menari sangat pun..sekadar berkongsi harapan 2011 yang saya harap dapat direalisasikan...Apa yang 2010 saya tak dapat realisasikan..saya nak try dan buat yang terbaik untuk tahun 2011 pulak, Insya-Allah...

-Bermula dengan harapan sebagai hamba-Allah yang kerdil dan lemah: Saya harap saya dapat mendekatkan diri pada Pencipta lebih lagi..Harap dapat perbaiki amal ibadah dan jauhi perkara-perkara mungkar...Amin..Moga harapan utama ini dapat dilakukan lebih dari semalam atau sebelum-belumnya...

-Harapan sebagai anak: Tak lain tak bukan..saya nak jadi anak yang taat...yup, saya memang kadang-kadang degil sikit orangnya..
Nak wat camne, keras hati sikitt kadang-kadang.Maka saya rasa sebaiknya saya jadikan ingatan PENGORBANAN mereka sebagai satu detik utama untuk saya lebih taat pada mereka...aminn..

-Harapan ketiga sebagai pelajar: Yup..ketika saya menaip ni, saya masih tidak tahu result exam saya gara-gara saya mengalami masalah dengan pihak bendahari,...saya pun tak pasti kenapa tiba-tiba saya ada hutang..maka menyebabkan result saya telah ditahan.Selalunya pihak bendahari akan membuat potongan PTPTN secara auto, tapi kali ni agak kelewatan. Saya fikir hanya saya je yang mengalami masalah ni, rupanya ramai lagi yang kena..so...bila buka uni nanti saya akan selesaikan masalah ni. So lepas settle masalah ni..saya harap result saya baiklah... Kalau tak pun, saya akan cuba perbaiki..Azamnya..saya akan hasilkan waktu yang lebih berkualiti...
Yup...next sem adalah short-sem..so banyak benda kena selesaikan..maka saya tak boleh suka-suka nak buang masa.


Wow...sedarkah kita 12bulan yang kita lalui sebelum ini ibarat angin yang berlalu pergi..mudah datang, mudah pergi, datang dan pergi tanpa di undang, tak nampak tapi mampu merasainya...itulah MASA...maka saya kena jaga masa dan peluang yang ada untuk membentuk hari-hari yang lebih bermakna...


2011 bakal dipenuhi dengan kelas-kelas...tak kira siang ataupun malam...Memang semua pelajar UMT rasanya dah dimaklumkaan bahawa ada jadual waktu malam..Termasukklah saya...


Yer..saya nak masuk semester 4 dah...Dengan 6 subjek kena berdepan tahun ni.(wah..rasa macam belum-belum bersedia pulak)...bukan mudah tu..tapi tak mustahil...Walaupun saya tau mesti ada aktiviti-aktiviti luar yang juga saya pastinya tak mahu lepaskan;..sebab saya suka aktiviti luar...( bukan pegi clubbing ke  dangdut yer..)


Huhu...Alhamdullilah..dah masuk 1/1/2011...So...mari kita angkat puji syukur pada Allah SWT kerana dengan rahmatnya kita masih diberi peluang untuk menikmati kurniaan-Nya yang sementara untuk masa hadapan....

(alamak..bajet plakzz..Ini namanya...gambar pandang masa DEPAN....)
dan saya selaku penulis blog ini..akan teruskan perjuangan hidup saya dan juga blog saya ini..dengan berkongsi cerita dan kisah ( apa jua kisah la...walaupun korang tak amik kisah pun) huhu...
Okeyzzz...bereh2 belako....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Celoteh Sayang..