Luangkan sedikit masa bersama....

Luangkan sedikit masa bersama....

Rabu, 17 November 2010

Salam Aidiladha : Perubahan dan Hijrah....


Hmmm...tetiba hati ni terasa nak menulis sesuatu...

Yes...esok nak raya...mungkin lain tempat,lain cara kita nak menyambut hari Raya Aidiladha....kalo di Pantai Timur raya Haji sama meriah dengan hari raya Aidilfitri....ada rumah yang biasa-biasa aje...Tapi...kala ini, raya di Kuala Lumpur,,,tak ada apa yang meriah...

Biarlah ku terangkan sedikit tentang Hari Raya Haji ini...pasti semua dah tauuu...ni saje je nak flashback sikit....
hehe.. 
Hari Raya Haji ofcuz la perayaan yang dirayakan all muslim kat all da WORLD. 
Perayaan terbesar di dalam Islam selain Aidilfitri yang disambut pada setiap 1 Syawal. 
Aidiladha disambut pada hari ke sepuluh, sebelas, dua belas dan tiga belas bulan Zulhijjah setiap tahun. 
Bermula dengan Takbir Aidiladha pada malam 10 Zulhijjah, 
diikuti dengan solat sunat Aidiladha serta khutbah Aidiladha di pagi 10 Zulhijjah, 
sambutan diikuti dengan ibadah korban yang boleh dilakukan samada pada 10 atau 11 atau 12 atau siang 13 Zulhijah.

Aidiladha adalah perayaan yang istimewa kerana ia merupakan hari untuk umat Islam memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dalam menunaikan perintah Allah dan ke-sabaran anaknya Nabi Ismail dalam memenuhi perintah Allah s.w.t....

Jadi bagi diri kita semua ni kena tanamkan sikit rasa bersedia tuk berkorban dalam diri kerana ALLAH..Boleh ke masalahnya? hmm...sy pun tak la bagus sgt,,,tak jugak baik sgt tuk kata...U HAVE TO CHANGE...!! ooo..saya tak layak tuk tu...tapi yang ni saya tulis tuk diri saya laa...

Saya nak try...try tuk hijrahkan diri bermula dari hati...

1.Nak memaafkan....

Yess...saya nak maafkan.. Ceh.bunyik macam la saya ni ramai sangat MUSUH-MUSUH durjana..ye tak? hehe..tak adalahh..saya sendiri tak tau sapa musuh-musuh saya...apa yang saya pasti musuh paling ketat adalah DIRI SAYA sendiri...
Tapi ini berbalik kisah memaafkan...
bagi saya..sebaiknya...bila kita dilukai...atau disakiti..
memang tau sakit...
tak tergambar dek sembilu la..sakit mcam kene pedangla..
macam-macam kita try tuk gambarkan betapa sakitnya 'ia'..saya pun dah rasa...
Menangis? 
Jangan cakapla...kadang-kadang kita tak leh elak dari bertemu orang yang suka mengata-gata buruk tentang kita...tapi bayangkan betapa kita kuatkan hati tuk bertentang mata dengan insan-insan begini...? 

hmm..pendek kata,kita berbalik pada janji Allah...
kita kena yakin Allah akan membalasnya..dan kita? 
ya,kita tak layak tuk menghukum orang yang mengata kita itu..
Mungkin kerana 'dia' merasakan dia sempurna...
mungkin dia nampak kesalahan hanya di pihak kita semata-mata..
Maka takkan kita juga mahu berlaku seperti mereka juga?Apa yang kita boleh buat? Mudah tapi payah...Memaafkan...itulah jalan terbaik....
Mungkin payah..tapi tak mustahil...
semua bergantung pada IMAN kita...
Kita kena sedar..bahawa kita ini hamba-Allah yang lemah...yang tak berdaya..jadi kita kena sedar diri bahawa kita TAK LAYAK tuk menghukum atau TIDAK MEMAAFKAN orang lain....
Bila kita dah MEMAAFKAN...maka disitula kita peroleh KETENANGAN...
ALHAMDULLILAH...saya dah memaafkan.....

2. Nak elakkan kerja bertangguh.

Kerja bertangguh memang tak jadi...saya tau..tapi kenapa yer susah sangat nak luput dari diri ni?aiseyman....
Payah sungguh rasanya...Anda pula macam mane?
Hmm..mungkin saya kena sediakan MATLAMAT dulu mula-mula...
Then..saya akan TRY lawan diri daripada buat perkara-perkara yang menyerongkan diri saya daripada MATLAMAT asal saya tu....

3. Nak lebih fokus

Ye...fokus ni orang kata paling susah nak buat...memang la...
sebab ni melibatkan minda,hati dan perbuatan...Dalam solat pun kita kena fokus pada solat kita...dalam bahasa lain 'khusyuk'...hmm...tapi itulaahh...memang susah? sapa setuju? kadang-kadang perbuatan kita dah try tuk kawal hati kita..tapi minda kita pulak menerawang tempat lain..susah..memang susah...
JAWAPAN pada persoalan saya ni..Kita kena kawal MINDA kita..kosongkan jiwa dan cuba sedaya upaya untuk tumpukan segenap pancaindera kita pada KERJA kita tu....

4. Nak kawal kemarahan

Yess..ramai kata..orang yang kuat adalah orang yang berjaya mengawal kemarahan..hmm..mungkin saya bukanlah orang yang kuat,...kenapa? kerana saya juga kadang-kadang tak mampu mengawal kemarahan...aduhh....
Kemarahan ni kan sifat SYAITAN...tapi ada pada semua insan di muka bumi ni..cuma kena pandai control..I'll try my best to control...Bila marah je,,,take time..orang kata time tu kena berzikir dan ambil wudhuq...tu jalan terbaikla...

Maka demikianlah 4 perkara utama untuk mencapai perkara yang TERUTAMA iaitu semuanya bermula dengan NIAT KERANA ALLAH...


Dengan ini nak ambil kesempatan mengucapkan salam Aidiladha....Maaf zahir dan batin..=)

Selasa, 16 November 2010

Program SCORE A : Peluang tuk aku? Wah....

Hai..hai...

Assalamualaikum...salam ukhuwah fillah....

Wahaha....lamanyaaa tak update blog ku ini..hehe....
hmm,.,.,,hari ni adalah hari sebelum hari raya haji.....Aidlhadha...hehe..
Balik rumah....kat rumah la skrang ni...
hmm....sekarang ada hobi baru kat rumah....
Nak tau apa? KARAOKE.....hehe....aduhhh....bayangkan saya ni yang tak pernah-pernah nyanyi ni..tapi kat rumah lak terjebak.....just for fun only...hehe

Ada kisah lain sebenarnya nak kongsi...
tentang benda baru jugak...hehe..bukan kisah hantu atas meja saya kat kampus ye....tapi ni kisah baik yang mungkin saya terbuka hati untuk join...kalau ada berminat berkongsi cerita  bersama-sama dengan saya tuk join pun tak ada masalah...program score A dalam E-data...huhu....bukan  semua orang tau,tapi ramai sebenarnya tau...saya baru nak menjebakkan diri....hehe

Cuma itula masalahnya....abah tak bagi...bagi dia takut mengganggu pelajaran ku...hmm..bagi ku,tak ada yang mengganggu pun...saya bukan buat full time pun..just tuk bantu masyarakat apa yang patut je...

Anyway..time cuti semester sebulan ni, saya  nak try...mula2 pegi KHUSUS dulu...pastu baru pikir JAUH dalam lagi..hehe...

^_^
Sape2 ada pandangan tentang hal ni, boleh roger-roger saya OK...=)

Sabtu, 6 November 2010

Kisah EGO LELAKI...

haha...kisah ego LELAKI?
penuh Kontroversi ...
tak terniat nak cetuskan perang..malah tak terniat nak laga2 kan kaum ADAM & HAWA...kerana kitakan saling MEMERLUKAN..saling MELENGKAPI antara satu sama lain...Jangan lupa tau fitrah yang HAKIKI tu tau...=)


Kata orang,bukan kata saya ek... ego itu amat penting bagi lelaki.betul kerr???


Tapi sayang-sayang ku... semua lelaki mempunyai ego yang TAK SAMA. Ada antaranya yang  begitu  ego  di  tempat kerja, apatah lagi kalau dia berpangkat  besar.  Tetapi, apabila  berada  di  rumah ataupun di samping keluarga, tidak pula kelihatan ketara egonya...Pelik..kenapa ek??


Menurut     kaunselor berdaftar, Hushim Salleh, kate beliau ...setiap  individu memiliki   egonya   sendiri sama ada dia lelaki ataupun perempuan. Walau bagaimanapun, darjah keegoannya sudah tentu  berbeza-beza  antara satu sama lain. Ya...berbeza-beza....


Kata beliau lagi,  konsep ego sebenarnya  melibatkan  keyakinan dan jati diri seseorang. Lazimnya  apabila  seseorang  lelaki itu  mempunyai  sifat  tersebut, dia  akan  berasa  dirinya  melebihi  orang  lain.  


Selain  itu,  dia juga acap kali merasakan bahawa individu lain tidak selari dengan pendapat    dan    pemikirannya. Lantas situasi ini mendorongnya untuk banyak  membantah  dan menentang.

“Selalunya  orang  yang  ego ini,  dia  mempunyai  sifat  agresif yang lebih tinggi daripada orang lain.  Dia  selalu  sahaja hendak menang.  Apabila  dia  pandang orang, selalunya dia hendak pandang  dirinya lebih tinggi daripada  mereka,”  terang Hushim. 

Ego    lelaki    biasanya    akan menjadi lebih ketara apabila dia  berhadapan dengan wanita. Umumnya keegoan tersebut tercetus kerana   lelaki   sentiasa   berfikir yang  mereka  lebih  tinggi, bukan KEtinggian sa[e yang lebih yer....hehe..tapi nak  hebat, berkuasa dan kuat berbanding  wanita. hehe...acececehh..
 Lantaran  itu,  bagi  mereka, wanita mesti mendengar dan menurut kata-kata mereka....mesti ke?? alalalala.....
“Selalunya  orang  yang  ego ini,  dia  mempunyai  sifat  agresif yang lebih tinggi daripada orang lain'.
Dia  selalu  sahaja hendak menang.  Adoii...kadang-kdang saya pun nak rasa jadi im the WINNER...Ego gak ke? alarrr....macam mana ni...Nak menang tu pada saya bukanlah SATU KESALAHAN..sapa kata pasukan BOLA main bola bersungguh-sungguh adalah tuk KALAH..betul tak? sama jugak macam manusia kan...mestila nak MENANG...

Tapi berbalik pada EGO LELAKI:  'Apabila  dia  pandang orang, selalunya dia hendak pandang dirinya lebih tinggi daripada  mereka,”  terang Hushim.  Gitu ek? wahh...


“Lelaki   biasanya    mengatakan dialah pemimpin dan ketua terutamanya   kepada   golongan perempuan.  Inilah  yang  membentuk ego. Memandangkan dia   menganggap   lelaki sebagai  pemimpin  dan ketua,   jadi   apa   sahaja  yang  dia  buat mesti   lebih   daripada perempuan. Pada masa inilah dia cenderung untuk menunjukkan kekuatannya,” ulas beliau. 
Meskipun begitu, akui beliau, kehadiran ego juga sebenarnya cukup penting  dalam  diri  kalangan  lelaki bergelar pemimpin....yer...yang bergelar PEMIMPIN tau...apa yang penting bagaimana kita sendiri mengawal dan mengunakan EGO kita kearah positif atau negatif...Waallahualam....
Ni sekadar perkongsian ....yang baik datang daripadanya..yang buruk..datang dari kekilafan saya sendiri....
Kebijaksanaan tidak lagi merupakan kebijaksanaan apabila ia menjadi terlalu angkuh untuk menangis, terlalu serius untuk tertawa, dan terlalu egois untuk melihat yang lain kecuali dirinya sendiri.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Celoteh Sayang..