Luangkan sedikit masa bersama....

Luangkan sedikit masa bersama....

Rabu, 25 Julai 2012

Fadhilat Azan & Azan Secara Automatik?


Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Tiba-tiba hari ni rasa macam nak menulis sesuatu.

Tentang AZAN....



KENAPA TENTANG AZAN?

Sebab kadang-kadang saya rasa Azan itu adalah sesuatu yang indah untuk didengar dan dinikmati...

CUMA...

Kadang-kadang kita tak hargai nikmat tu. Termasuklah diri saya sendiri yang lemah dan naif ini.

Dari Abu Hurairah r.a. ia berkata, Rasulullah SAW bersabda:
Sekiranya manusia tahu tentang (keutamaan) yang terdapat pada azan dan saf pertama, kemudian mereka tidak akan mendapatkannya kecuali dengan mengundi, pasti mereka melaksanakan undian tersebut” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Kemudian,

Dari Abu Hurairah r.a. ia berkata, Rasulullah SAW bersabda:
Apabila panggilan azan untuk solat telah dikumandangkan orang, mundurlah atau larilah syaitan sambil terkentut-kentut sampai ia tidak mendengar panggilan azan itu lagi” (Riwayat Bukhari dan Muslim)


Malahan.....ada dalam kalangan kita yang dengan tanpa rasa bersalahnya. Dengan rasa ego dan bongkak terus tukar saluran @ channel bila terdendangnya azan dan berkumandang dengan lunaknya di radio atau....televisyen..... Sedangkan..

Dari Muawiyah r.a. ia berkata, aku mendengar Rasulullah SAW bersabda:
Orang-orang yang melaungkan azan, nanti pada hari kiamat adalah orang yang paling luhur darjatnya” (Riwayat Muslim)

 Tengok.. besarkan fadhilatnya kan.. Bila laungkan azan....malah...

Dari Abu Said al-Khudri r.a. ia berkata, aku mendengar Rasulullah SAW bersabda:
Tidak terdengar suara muadzin oleh jin, tidak oleh manusia dan tidak pula oleh sesuatu melainkan (semua) bersaksi untuk dia pada hari kiamat” (Riwayat Bukhari)

sayangnya...makin kita jauh...
Makin kita mengabaikan Azan...
Kadang-kadang kita tahu lokasi kita tak menentu. Kadang dekat dengan masjid...kadang-kadang jauh dari masjid...

Kadang-kadang outstation lah dan sebagainya kan..Oversea ke..apa ke.. jauh dari masjid atau surau. TV pun tak ada channel yang laungkan azan bila masuk waktu.

So...jarang dapat dikejutkan dengan azan sewaktu masuk waktu solat..

TAPI...


Apabila kita dengar? Adakah kita berdiam diri? Tak....
Kebanyakkan terus bercakap..Terus menerus bergelak sakan...

Jika lagu kebangsaan kita diajar agar berdiri tegak dan diamkan diri. Mengapa ketika azan kita tidak boleh mendiamkan diri?

Lantas sesiapa yang berkata-kata ketika azan, Allah akan kelukan lidahnya ketika nazak.

Kita takut dengan kelunya lidah kita semasa ajal hampir tiba maka kita tidak dapat mengucap kalimah "Lailahaillallah.." yang mana sesiapa yang dapat mengucapkan kalimah ini ketika nyawanya akan dicabut Allah dgn izinNya menjanjikan syurga untuk mereka.


Maka...teruskan menghormati Azan,
Mengalunkan azan,
Mendengar azan....



Kat sini saya nak cadangkan juga rakan-rakan yang ada laptop dan PC masing-masing. Marilah kita download Automatik Azan Mengikut Waktu tempat masing-masing :)

Saya jumpa kat belog orang lain jugak benda ni. Tapi seriusly, berguna,...
  • So u all can choose azan dari Makkah, Madinah atau al-Aqsa
  • Ia tidak memakan memori sistem banyak. So tak memberatkan laptop masing-masing pun :)
  • Ia disokong dengan bahasa yang pelbagai bahasa seperti Arab, Perancis, Bahasa Inggeris, Sepanyol, Itali dan banyak lagi... Bahasa pasar jer xada....
  • Ia termasuk Hirji Gregorian tarikh penukaran dan arah kiblat. 
  • Tarikh Hijri diselaraskan mengikut negara anda....
  • Ia adalah mudah dan teratur

boleh la try yer..


ni contohnya. Kawasan pilih yang terdekat. 
So saya pilih Cheras :) 



Ok...boleh kongsikan pada rakan-rakan. Dan ini semua sebenarnya adalah untuk mengingatkan diri saya yang hina dina ini juga. Selamat Berpuasa dan berbuka...


ASSALAMUALAIKUM...


"Testing-testing ...Dengar Azan Roger..Roger....Azan banyak fadhilatnya..Roger..."

^_^ Terima kasih kerana sudi luangkan masa membaca belog saya ^_^



Ahad, 22 Julai 2012

TIPS BERPUASA DI BULAN RAMADHAN..

Wahhhhh... Kejap jer rasa masa berlalu.


PEJAM CELIK

PEJAM CELIK

PEJAM PEJAM

ZzzzzzzzzzzZ


Berdengkur...


Krohhh..Krooohhh....

Tup..tup...




Taaaraaaaa.....



DAH BULAN PUASA!!

SERONOK!

Hari pertama berpuasa dah bukak LAGU "selamat hari Raya'' Saloma Nyanyi lagi.. Adeh.. KES EXCITED tahap kedewaan lah tu. :) Walaupun excited, tapi jangan lupa berniat puasa yer :)





jom  tambahkan amal ibadah kita... :)




Dan sekarang dah masuk hari kedua puasa...


Maka,,, kayakan dengan ibadah, bukan juadah yer..

Dan disini...saya sediakan sedikit tips untuk dikongsikan bersama. 

  • Sebelum nak start puasa.., ada baiknya untuk tengok tahap kesihatan tu macam mana. Jangan bila sakit pun masih paksa diri untuk berpuasa. Jumpa doktor. Tanyakan mengenai pola makan, waktu yang tepat untuk ambil ubat atau multivitamin selama berpuasa. Ok? DONE :)

  • Banyakkan minum air masak. The Ohio State University menjelaskan air putih membantu dalam proses penurunan berat badan melalui pengurangan nafsu makan.Maka, pastikan kita minum secukupnya pada waktu berbuka dan bersahur.  ok? DONE :) :) 

  • Sahur oh Sahur... Mesti ada yang malas nak sahur kan.. Saya pun macam tu gak terutama kalau dah keletihan dan merasai nikmat tidur yang memang mengoda hati... Opsss.. Jangan anggap itu perkara remeh... kita kena ingat..peranan sahur saat berpuasa sangatlah penting. Kerana ia adalah seperti breakpast yang membantu untuk bagi keseimbangan gizi yang diperlukan oleh badan kita ni. Menurut The Journal of Nutrition, sahur dengan bahan makanan berprotein dapat meningkatkan rasa KENYANG... Maka, jangan remehkan sahur ok? hehe...ok... DONE :)

  • Menu yang dimakan boleh bagi effect and influence to our body selama seharian. So,,, better untuk makan yang banyak karbohidrat contohnya ubi, jagung,oatmeal, roti gandum dan nasi kerana it will help u to feel like 'wah, kenyangnya' lebih dari 6 jam. Tak percaya? Cuba try nanti k :) Protein, buah, sayur serta air putih yang cukup pun membantu meningkatkan stamina kita... Percayalah OK.. DONE:)

  • Nak makan pisang goreng? Nak makan goreng-goreng? Boleh..boleh..tak ada masalah...tapi masalahnya..Makanan ini jenis makanan berminyak. Maka, makanan ini akan membuat sel darah merah bergumpal sehingga menyebabkan aliran oksigen menjadi berkurang hingga 20%. Akibatnya kita akan mengantuk pada siang hari. ZzZz,,,, KESANNYA JUGA..kita akan kurang produktif...So... apalagi, kurangkan makan goreng pisang waktu sahur k  DONE :)  ^_^

  • Nama pun dah puasa, janganlah kita bersukan bagai nak rak disiang hari ditengah padang gara-gara nak jaga body terbaik di bulan puasa.. Sebab itu bukan cara terbaik untuk jaga kesihatan, malah tambah masalah lain pulak nanti....OK?  DONE :)

  • Berbuka puasa dengan makan secukupnya. Langsung memakan banyak makanan hanya akan membuat perut terasa sesak. Para pakar kesihatan menganjurkan kita untuk untuk makan secara bertahap (bukan melahap), mulai dari air putih beberapa teguk, sedikit makanan manis (sebaiknya makan kurma sebab kurma ni ada vitamin B6), dan selang minimal setengah atau satu jam baru makan besar. Sebab tidak mahu berikan kejutan kepada perut. Ok??  DONE :)

  • Makan makanan atau minuman manis memang baik dilakukan pada saat buka puasa, agar dapat segera memulihkan energi setelah seharian berpuasa. Kena ingat, puasa adalah untuk menahan diri dari makan dan minum, tapi bukan bila berbuka melantak bagai setahun tak makan tau... Ok??  DONE :) :)

  • DINNER TIME! BUKA Puasa JOM, pastikan untuk tidak makan terlalu banyak untuk mencegah obesiti. Selain itu, hindari meminum kopi dan soda sebab ia membuat  kiasusah untuk tidur dan menimbunkan lagi lemak. Ganti minuman tersebut dengan air mineral dan jus buah.Lagi best dan freshy :) Dan pastikan tidur lepas 3 jam makan.. Jangan baru makan terus landing  Ok??  DONE :)

  • Lakukan exercise ringan pada malam hari. Misalnya dengan berjalan kaki selama 15 hingga 20 minit setelah makan malam. Jangan tidur dalam keadaan kekenyangan tau sebab nanti menyebabkan malas bangun sahur dan ofcoz meningkatkan berat badan. Solat TERAWIH juga adalah salah satu senaman yang baik untuk badan kita selain dapat meningkatkan pahala ibadah kita. :)  Ok??  DONE :)

  • Tidur...siapa yang tak suka tidur. Semua orang suka. Cuma tidur ini kadang-kadang dipandang remeh oleh sesetengah pihak. So... jadilah mengantuk selama berpuasa. Bukan disebabkan tak makan dan minum seharian, tetapi kerana tidak mempunyai tidur yang cukup. Tambahan dikatakan kena bangun sahur dan menatap cerita di astro sehingga habis 2 movies, memang tak cukup tidurlah jadinya. Maka, tidurlah secukupnya ya.. Ok??  DONE :)

  • Kalaupun tidur malamnya masih tidak mencukupi, luangkan waktu 20-30 minit untuk berehat di siang hari. Tidur siang yang singkat tapi berkualiti akan sangat membantu memulihkan energi kita....  Ok??  DONE :) :)


Jadi demikianlah..tips-tips ringan yang boleh saya kongsikan buat pembaca semua.
Selamat berpuasa ya. 


Ok??  DONE :)

Muka tak sabar nak RAYA :) hehe..


PEREMPUAN NERAKA

Balik dari masjid...terus hadap tengok TV...

Buka TV3.......

lalu....

ternampak cerita ini....


Dan.... saya yang tak ada kerja waktu itu pun menikmati cerita yang terbuka depan mata ini...

Wah.. 1 jam kemudian...

Rasa hati dan jiwa memberontak.... 
Ya aku perempuan... 
Dengan tajuk perghhhhh..terasa dalam kot..

Macam mana dengan isi cerita??

Sure ada gurl-gurl yang keluar kata "Ishh... gerammnya aku tengok.."

"Panasnya hati aku rasa dia buat laki dia macam tu''

Mana ada orang nak masuk neraka.. Ada ke? Cuba angkat tangan.. tak ada kan?
Termasuklah saya..

Tapi cerita tu.. bagi pengajaran berganda.. 
Pengajaran yang menjadi realiti hari ini. 
Cuma masyarakat saja buat-buat lagak lakonan "Eh, ada ke cerita macam ni..Alaaa.. ini semua dalam TV jer. Yang betul-betul mana ada macam ni..'...

Wekkkk..(*nak muntah dengar orang perlekehkan cerita ni*) 
Jangan perlekehkan cerita ni.
Sebab ada PENGAJARAN..... 

Bukan tipu punya....tapi.... memang FACT...

Dari Imran bin Husain dia berkata, Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud : “Sesungguhnya penduduk Syurga yang paling sedikit adalah wanita.” (Hadis Riwayat Muslim dan Ahmad)


Tak cukup dengan itu... ada lagi ku sertakan...


Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud : “Aku melihat ke dalam Syurga maka aku melihat kebanyakan penghuninya adalah fuqara’ (orang-orang fakir) dan aku melihat ke dalam Neraka maka aku menyaksikan kebanyakan penghuninya adalah wanita.” (Hadis Riwayat Al- Bukhari dan Muslim)


Ye saudara saudari yang tengah baca belog usang saya sekarang ni mesti tengah cakap dalam hati 
"Zulaiqha, awak cakap jer... awak tak kahwin lagi, mana awak tahu masa depan awak..Ntah-ntah awak lagi teruk''

Mungkin macam tu la kot dialog yang sedang baca ni.

Saya pun tak kata saya bagus.. Tak juga kata saya perempuan solehah yang belagak alim dan penuh sopan santun yang ikut segala telunjuk manusia. Sekadar menulis sedikit ruang rasa sejurus selepas melihat cerita tersebut..

Terpana seketika bila muhasabah realiti dunia hari ini bila perempuan makin ramai, kami ni yang perempuan jadi paranoid pada kaum lelaki. Ketidakpercayaan pada lelaki menghasilkan ciri-ciri Perempuan Neraka yang akhirnya boleh memburukkan keadaan. Sehingga menambahkan bilangan penghuni NERAKA....



Dalam hadis yang lain, Rasulullah s.a.w menjelaskan tentang wanita penghuni Neraka, baginda bersabda : “ … dan wanita-wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya mereka telanjang, melenggak-lenggokkan kepala mereka kerana sombong dan berpaling dari ketaatan kepada Allah dan suaminya, kepala mereka seakan-akan seperti bunggul unta. Mereka tidak masuk Syurga dan tidak mendapatkan wanginya Syurga padahal wanginya boleh didapati dari jarak perjalanan sekian dan sekian.” (Hadis Riwayat Muslim dan Ahmad)



Ya......
Saya tak kahwin lagi...tapi tak salah mengingatkan diri sendiri sambil-sambil mengingatkan juga sahabat kaum ku sendiri. Kaum hawa sekalian... yang dikasihi...:) Sedarlah....taat pada suami itu WAJIB. Kalau masa kawan dah nampak ketokohan boleh jadi Queen Control, cepat-cepatlah berubah ek..

Kalau tak boleh jugak, putuslah 'kawan' (dlm bahasa trend sekarang 'kapel'), carilah yang boleh mengawal kita bukan kita mengawal si dia (lelaki tuue la,takkan perempuan pulak kan..hehe)..... Jangan dapat free-free gelaran "Perempuan Neraka' k.....^_^

Di dalam kisah solat gerhana matahari, Rasulullah s.a.w. dan para sahabatnya melakukan solat gerhana padanya dengan solat yang panjang , Rasulullah s.a.w melihat Syurga dan Neraka. Ketika beginda melihat Neraka beginda bersabda kepada para sahabatnya: 

“ … dan aku melihat Neraka maka tidak pernah aku melihat pemandangan seperti ini sama sekali, aku melihat kebanyakan penghuninya adalah kaum wanita. Para sahabat pun bertanya : “Mengapa (demikian) wahai Rasulullah?” 

Baginda s.a.w menjawab : “Kerana kekufuran mereka.” 
Kemudian ditanya lagi : “Apakah mereka kufur kepada Allah?” 
Baginda menjawab : “Mereka kufur terhadap suami-suami mereka, kufur terhadap kebaikan-kebaikannya. Kalaulah engkau berbuat baik kepada salah seorang di antara mereka selama waktu yang panjang kemudian dia melihat sesuatu pada dirimu (yang tidak dia sukai) nescaya dia akan berkata : ‘Aku tidak pernah melihat sedikitpun kebaikan pada dirimu.’ ” 
(Hadis Riwayat Imam Al-Bukhari)

Tengok...Kan bahaya macam tu. Saya pun tak nak jadi perempuan durjana. Nauzubillah..
tapi ingatan pada kaum lelaki....kadang-kadang kami ni (perempuan ni) emosi...Nanti bila emo masa kawin, senang-senang jer nak mintak cerai bagai.. Kan kes naya tuuuu... Tambah bila ada anak dah...Fuh..lagi haru...

Sabda Rasulullah s.a.w : “Wanita yang meminta cerai pada suaminya tanpa sebab (yang syar’ie) maka haram baginya mencium wangi Syurga.” (Hadis Riwayat Abu Daud dan At-Tirmizi )

Yang kaum Adam pulak...pun kena jaga kaum perempuan ni..jangan biar si isteri jadi perempuan durjana...Pimpinlah dan bukan dipimpin... Kalau tak boleh jugak, ishh..tak ada yang tak boleh nyerr.. Nothing IMPOSSIBLE... You can be GREAT HUSBAND and be great father.. Insya-Allah....


Hopefully, bagi lelaki dan perempuan yang dah 'menikmati' simptom sakit hati akibat rasa tak puas hati dengan ketidakadilan dan ketidakperikemanusiaan si isteri pada suaminya itu(yang dipaparkan dalam cerita kat TV3 tu), segeralah gunakan ia sebagai satu pengajaran ya. (ingatkan diri sendiri juga). Sebab perempuan ada kelemahannya. Makin dimanjakan kadang-kadang makin mengada-ada. Haha..termasuklah diri saya juga yang tak boleh dinafikan...Kerana setiap perempuan itu ada ketokohan menjadi Queen Control.... :)

So....kaum lelaki....Jangan mendayuskan diri kerana Allah dah kurniakan setiap kaum Adam itu kelebihan yang melebihi kaum Hawa.. Maka.. Gunakanlah sebaiknya. Tak kiralah perempuan itu HEBAT mana sekalipun. Banyak duit kah.. Berpangkatkah, Cantikkah, Bergetah kah...Itu semua NIKMAT DUNIA sementara.Tak perlu tunduk dan perbodohkan diri sehingga menjadi pengelap lantai.. 

Angkatlah 'kekuatan' yang Allah bagi itu untuk membimbing si isteri dengan penuh hikmah dan bijaksana. Jika jahil, tambah ilmu, Jika terasa lemah, tambah kekuatan, jika rasa tidak berdaya... carik lah daya... sesungguhnya, Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu jika kita sendiri yang tidak mengubahnya. 

Namun, jangan juga terlalu ego hingga munculkan nama anda di akhbar Metro pulak yang pukul isteri, pijak isteri mengandung, tikam isteri dalam tandas dan macam-macam cerita 'enak' berdendang di akhbar ok. tegurlah dengan bijak... Jangan memperbodohkan diri kerana PEREMPUAN....

Okey... pendek kata, dalam apa-apa jua perkara yang kita lakukan. Ammar Makruf, Nahi Mungkar. Kalau kita pegang ini sebagai DARAH dan NAFAS kita. Insya-Allah, kita akan kecapi kebahagiaan di DUNIA dan di Akhirat.....

Ketika beginda selesai berkhutbah hari raya yang berisikan perintah untuk bertakwa kepada Allah s.w.t. dan anjuran untuk mentaatiNya. Baginda pun bangkit mendatangi kaum wanita, baginda menasihati mereka dan mengingatkan mereka tentang akhirat kemudian baginda bersabda : “Bersedekahlah kamu semua. Kerana kebanyakan kamu adalah kayu api Neraka Jahanam!” Maka berdirilah seorang wanita yang duduk di antara wanita-wanita lainnya yang berubah kehitaman kedua pipinya, dia pun bertanya : “Mengapa demikian, wahai Rasulullah?” Baginda menjawab : “Kerana kamu banyak mengeluh dan kamu tidak taat terhadap suami.” (Hadis Riwayat Al- Bukhari)


Pendek kata....... Bila dah terlafaz "AKU TERIMA NIKAHNYA'.... Bermulalah tanggungjawab baru dan AMANAH baru untuk dipikul.....


Rabu, 11 Julai 2012

Aku rindu sebagai Pelajar Akhir Tahun

21-May-2012

.......Last updated blog

11-July-2012

.........Baru nak menaip semula:)

************************************** Bermulanya cerita singkapan 2 bulan lalu********************************


Assalamualaikum dan salam pencinta keamanan sekalian....

Apa khabar? Terima kasih sebab sudi bukak link belog saya yang dah usang dengan 
spider-WEB ni ya. 

Lama tidak menulis... ( huhu..macamlah pakai pen, hakikatnya pakai tekan-tekan papan kekunci 
notebook yang tersayang ni ajer).

Sedangkan hakikatnya... banyak coretan yang mungkin dah lama nak dikongsikan. 
Tapi tak ada kesempatan. Masa  mungkin ada, yang tak ada adalah keazaman untuk menulis. 

Sekejap jer masa berlalu....

Teringat dan tersingkap kembali saat bila mana waktu itu sampai kesubuhan aku tak tidur,
Teringat lagi di mana aku sibuk menaip dan menaip untuk menulis dengan ketekunan 
dan ketabahan. 
Teringat lagi perasaan aku yang bercampur baur macam air batu campur (ABC).
Sedih ada (sebab tak buat seawal mungkin)
Marah ada (sebab pikir kenapalah perlu wujudnya benda alah bernama THESIS ni)
Penat dan letih (tu jangan cakaplah, memang penat beb~~)
Apa tak nya, macam-macam dugaan membuat thesis yang terpaksa aku lalui. 

Tetapi..
Alhamdullilah.
Betul lah orang kata...............

Hendak seribu daya, mahu itu pasti ada seribu CARA..


Maka... aku lahirkan satu THESIS yang mungkin tidak seberapa tapi bagi aku ia bermakna.
Tanpa thesis ini. memang melalak aku tak berhenti... (Jadilah aku macam cerita anak ku sazali 
nanti...)

Itu kisah menulis. Lepas menulis, aku perlu buat perbentangan pula. (macam-macam kan)
Dan.. Seperti biasa. Aku ini orangnya cepat tertekan sikit. (banyak sebenarnya~~) hehe.

Maka, bertambah sakitlah bila nak menghasilkan satu slide yang terbaik.(Baru satu...)
Ditambah aku asyik risau dihentam, dipalu atau di baling batu (over nya imaginasiku) ketika 
perbentangan. (ada ke jadi macam tu?)

Tapi...

Hakikatnya.. semua perkara yang menjadi mimpi ngeri itu tidak berlaku seperti yang aku asyik 
fikirkan. (Syukur, Alhamdullilah)

Aku jer yang OVER RISAU. 


Aku bukan apa, aku cuma tak mahu memalukan diri sendiri jer. 
Aku pun manusia macam korang jugak, yang mahu dihargai dan dipuji.
Tapi tak perlu puji jika salah, tapi jangan pula dikeji atau dibenci kerana aku tak kuat untuk 
menghadapi.

Sebenarnya, waktu sepanjang menyelesaikan amanah yang diberikan tu, aku sentiasa bersyukur.
Kenapa?

Sebab...ketika itulah.......aku dikurniakan dan dipertemukan oleh insan atau lebih sesuai 
dijamakkan kepada insan-insan yang istimewa. 


Insan yang sudi memberikan ruang masa dan fikiran
Yang sudi membantu menghulurkan salam ukhuwah dan semangat yang tidak pernah henti.


Ya..Ada ketika bila mana aku rasa TAKUT atau dalam bahasa KEY EAL nya aku rasa CUAK , 
namun terisi SMS ku dengan kata-kata hikmah..
Dengan kata-kata positif dan tidak pernah cuba untuk menjatuhkan semangat ku. 

TERIMA KASIH....... :)

Syukur Ya Allah, kepada-Mu aku berlindung. Kau terus kurniakan aku insan sebegini baik 
dalam aku mengharungi perjuangan hidup.
Perjuangan hidup yang tidak akan terhenti selagi mana jantung ku tidak berhenti berdegup.

TERIMA KASIH SEKALI LAGI :)

Maka, pada mana-mana sahabat yang membaca, teruskanlah membantu insan sekeliling kita ya, 
kalau kita tak mampu  dengan kuasa, kita bantu dengan suara.
Kalau kita tak mampu bantu dengan kedua-duanya, bantulah dengan perbuatan..
kalau tak mampu juga, cukuplah sekadar dengan senyuman...
Ya...walaupun sekadar senyuman....
Sebab meringankan beban orang lain itu adalah sifat orang budiman
Dan kerana itu PUNCA UTAMA nikmat syurga hati untuk kita sama-sama nikmati. 
Dalam hidup ini, tiada yang lebih bermakna selain rasa dihargai dan dihormati dengan sepenuh 
hati. 

Bila dah selesai dugaan, ujian dan kepayahan.
Akan hadir dengan sendiri bibit kesyukuran.

ALHAMDULLILAH.... :)


Seronok sangat. Walaupun result masih tak keluar lagi. Tapi aku redha dengan setiap 
keputusan-NYa.
Aku tahu aku bukanlah yang terbaik. Tapi aku dah cuba untuk lakukan yang TERMAMPU. :)


ITU AKU TAHU....

Kisah THESIS dan Final Year Project (FYP) aku tak banyak menarik namun lebih kepada rasa 
kelegaan jer. 
Kelegaan kerana beban amanah yang ditanggung terlerai sudah. 
Apa yang aku boleh bagitahu kepada insan-isann yang bakal mengambil THESIS.
Preparelah awal-awal, belajar untuk mengisi ruang masa dengan ilmu tentang projek anda 
dengan seoptimum yang boleh.

:) :) :)

All the best bagi yang bakal melalui zaman sebagai FINAL YEAR STUDENT :)

Indah sungguh setiap saat itu.
Aku rindu....................................................................................
Ya.. AKU BENAR-BENAR RINDU....




(wajah budak FYP yang dahulu~~) 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Celoteh Sayang..